1.
Anggapkan diri
anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
2.
Jika orang lain
boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3.
Kenal pasti
kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4.
Jangan takut-takut
atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
5.
Elakkan perasaan
malu yang tidak bertempat.
6.
Lakukan riadah
yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan
yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
7.
Sentiasa mengemas
diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
8.
Apabila
berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang
berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.
Jangan terlalu kaku.
9.
Apabila memulakan
sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang
hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
10.
Sentiasa peka
terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan
sesuatu tugas.
No comments:
Post a Comment