Thursday 9 February 2012


  • Biasakan meletakkan akuarium berisi ikan mas atau menggantung gambar haiwan kesayangan. Feng Shui mempercayai ini sumber-sumber mendapatkan kekayaan.
  • Sampah jangan dibiarkan berserakan dalam kamar kerana kotoran menghalang punca rezeki.
    • Hapuskan segala benda yang mengingatkan kita tentang kesedihan, kegagalan (dll) kerana itu tidak baik untuk jiwa yang sihat.
  • Jika kamar mempunyai jendela, hendaklah kerap dicuci kerana tingkap yang kotor boleh memerangkap ‘chi’ dalam bilik, seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap yang tidak bagus untuk kesihatan dalaman tubuh. Begitulah juga dengan langsir atau tabirnya.
  • Buang pakaian yang sudah lama dari almari anda jika  tidak mahu menggunakannya lagi. atau  sedekahkan pada orang yang memerlukan. Feng Shui melarang kita menyimpan  pakaian yang koyak atau reput.
Ketahui peranan dan pentingnya tenaga chi dalam kamar tidur
Orang Cina percaya langit dan bumi merupakan sejenis kekuatan  yang menciptakan Chi,iaitu  kekuatan yang menghubungkan manusia dengan keadaan di sekelilingnya. Umumnya, tenaga chi  sangat penting untuk memelihara tubuh, persekitaran, dan keseimbangan emosi manusia.
*Energi Chi mengalir  dalam tubuh sepertimana pengaliran darah. Kalau energi chi di kamar tidur anda sesuai dengan keperluan, ini menghasilkan kebahagiaan. Ertinya, ia mempunyai pengaruh positif dalam hidup kita. Sebaliknya jika kamar tidur sentiasa ditampilkan negatif buat diri kita, energi chi di beberapa tempat turut dapat berpengaruh negatif terhadap diri.
* Bila Chi negatif. Bangunan atau pelengkap rumah tertentu yang mempunyai kesan negatif terhadap tenaga chi. Serat sintetis, bahan bangunan sintetis, cahaya buatan dan pendingin hawa mengandungi tenaga chi buatan yang secara negatif mempengaruhi energi chi penghuni dan dapat mengakibatkan kelemahan mental dan fizikal.
* Chi lemah. Tenaga chi menjadi lemah di ruangan yang gelap, ruang yang berserakan, dan kelembaban. Akibatnya, chi tersebut mendatangkan masalah kesihatan serius dan mengganggu kehidupan kita.
Demikian sedikit sebanyak tentang perancangan dekorasi berasaskan pengetahuan Feng Shui. Semoga perkongsian ini member banyak manfaat.
Popularity: 1%
Peranan Feng Shui Dalam Bilik Tidur Kanak-kanak
Bilik Kanak-kanak
Bilik Kanak-kanak
Mengikut hukum Feng Shui, bilik kanak-kanak harus di berikan sentuhan warna bumi kerana warna semulajadi yang terhasil di muka bumi melambangkan keharmonian dan keselesaan bagi setiap mahkluk hidup di muka bumi ini.
Terdapat dua prinsip Feng shui yang dapat membantu kanak-kanak memperoleh keharmonian dan keselesaan, ia adalah warna dan kedudukan katil.
Warna dinding dan perabot perlu seimbang manakala warna sejuk seperti biru dan kelabu perlu di elakkan kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan anak.
Bagi anak yang “hyperactive”, warna garang tidak sesuai bagi mereka dan ibubapa perlu menggunakan warna lembut, cerah dan menenangkan seperti beigie atau jingga nipis manakala bagi anak yang jenis pendiam bolehlah menggunakan warna jingga hangat atau kuning.
Kedudukan katil juga merupakan aspect penting yang boleh menimbulkan keharmonian dan keselesaan.
Katil tidak seharusnya menghalang pintu dan ia sepatutnya berada pada kedudukan yang tidak menghalang pergarakan. Tempat yang paling sesuai adalah terletak di sudut bilik kerana anak akan nampak kedudukan pintu dan itu boleh membuatkannya berasa selamat. Kedudukan yang betul dapat membantu menyalasaikan masalah bangun pagi bagi kanak-kanak. Letak kapala katil menghadap timur atau selatan bagi anak yang suka terjaga waktu malam dan menghadap utara atau selatan jika anak sukar lena.
Selamat mencuba ya…
Tanaman hiasan kediaman dan pejabat yang indah di mata dan menyegarkan jiwa
Hiasan Pejabat
Hiasan Pejabat
Pada masa kini, kediaman dan pejabat sering dihiasi dengan lanskap bertema tersendiri umpamanya lanskap ala-Bali, kampung dan juga kontemporari. Lanskap   akan menjadi lebih indah dengan sentuhan elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan hidup, ikan dan sebagainya. Biasanya, kediaman dan pejabat dihias secara interior (dalaman) mahupun eksterior (luaran).
Berikut adalah jenis tanaman yang sesuai bagi kediaman dan pejabat.

1. Hiasan eksterior (laman luas)
* Kediaman atau pejabat yang mempunyai  laman yang luas mudah untuk dihias, lebih sesuai  dengan tumbuh-tumbuhan tropika yang bersaiz besar seperti  kelapa gading, Areca catechu (pinang makan), Aglaonema spp (sejenis keladi), Alocasia spp (keladi gajah),Asplenium nidus (pakis langsuyar), Bougainvillea spp (bunga kertas), Butterfly palm (sejenis palma renek), Codiaeum variegatum cultivars (puding), Fern (paku pakis), Heliconia spp (pelbagai jenis halia),  Plumeria obtusa (kemboja), Phyllanthus myrtifolius (Naga buana), Thunbergia grandiflora (Tunbergia).
* Jika kediaman atau pejabat dihiasi dengan gaya lanskap anak sungai buatan, beberapa spesies paku pakis  juga boleh ditanam untuk mencantikkan lagi anak sungai buatan berkenaan selain  tumbuhan lain diletakkan di dalam kolam seperti Cyperus papyrus , ekor kucing dan keladi bunting.
2. Hiasan interior   (ruang luas)
* Elemen  tumbuh-tumbuhan sangat bernilai untuk mengindahkan interior kediaman atau pejabat seperti courtyard, sisi dinding dan kaki lima. Contohnya di courtyard atau kaki lima, tumbuhan dalam pasu lebih sesuai, seperti bunga ros, orkid, bunga-bunga gantung, paku-pakis dan sebagainya. Di dalam pejabat pula biasanya tumbuh-tumbuhan jenis ini wajar diletakkan berhampiran kaunter penyambut tetamu, lobi atau bilik mesyuarat. Walaupun di dalam pasu kecil, ini dapat memberi mood dan keselesaan ketika bekerja kerana elemen hijau dan warna bunga memberikan getaran semangat pada tubuh serta otak.
3. Hiasan eksterior(laman kecil)
* Jika kita tinggal di  rumah teres atau rumah pangsa dengan laman yang sempit juga  tidak akan membataskan kerja-kerja menghias. Dengan kreativiti anda, ruang kecil sesuai dihias dengan  bonsai, pokok gantung atau pokok dalam pasu. Jika taman kecil anda berfungsi sebagai tempat bersantai, pokok jenis teduhan  seperti palma, buluh Jepun, pandanus dan kaktus  sesuai ditanam untuk kesan keselesaan daripada panas matahari.
* Jenis tumbuhan yang dipilih menentukan jumlah cahaya matahari yang diperlukan. Pilih tanaman berdaun hijau bagi kawasan yang redup manakala tumbuhan berbunga bagi kawasan yang mendapat cahaya matahari maksimum.
* Cadangan: Lebih  menarik sekiranya dapat melihat pemandangan hijau dan berbunga indah dari bukaan jendela, cermin kaca atau pintu kediaman mahupun pejabat.Tumbuhan yang berbau yang harum seperti pokok kesidang, melur, lilipan, kenanga, lantana dan bunga bintang  sesuai ditanam  bau harumnya menyegarkan dan menceriakan seisi rumah atau pejabat.
4. Hiasan eksterior ( ruang sempit atau balkoni )
* Bagi kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium, tumbuhan berpasu  atau gantung adalah paling sesuai. Pilih beberapa jenis tumbuhan daripada 2 hingga 3 jenis warna dan ulang penanaman di seluruh taman kecil anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil, terutama di balkoni. Pokok orkid misalnya mudah dijaga, memadai disembur sahaja dan bunganya tahan lama.
* Pastikan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya.
Kebanyakan tumbuhan sememangnya indah tetapi kita  boleh mencuba  menanam herba tempatan, selain indah, turut berkhasiat seperti pokok beluntas, bebuas, pandan dan lilipan. Akhir kata, perindahkan taman kediaman atau pejabat anda dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan agar lebih natural dan  persekitarannya menyihatkan.
Sekian, selamat mencuba.
Tanaman hiasan: Keindahan yang harus dijaga dan dikekalkan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Tanaman hiasan sememangnya bertujuan untuk memperindah landskap kita. Walau bagaimanapun, jika kurang diberi penjagaan sudah pasti keindahan yang diharap-harapkan akan hilang. Biasanya pokok hiasan berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, sama ada secara berpasu atau terus ke tanah. Jadi, fahami fakta asas penjagaan, kemudian baharulah dipraktikkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tips asas penjagaan tanaman:
Simptom yang lazim pada tumbuhan adalah layu, kekuningan, melecur, tidak berbunga atau tumbesaran yang terbantut. Ini berpunca daripada amalan kultura yang tidak sempurna. Jadi kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran tanaman hiasan, iaitu
a. Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu
b. Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan
c. Baja – Jenis dan kaedah membaja
d. Jenis Serangga dan Penyakit
Sedikit pengetahuan tentang faktor-faktor di atas sebagai panduan kita meneruskan kerja-kerja penjagaan rutin seperti penyiraman, pemangkasan dan pembajaan.
1. Penyiraman pokok di tanah
  • Kekerapan menyiram bergantung pada keperluan pokok.
  • Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.
  • Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
  • Umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan menyiram pada waktu tengahari.
2. Pemangkasan pokok di tanah
  • Pemangkasan memberi tekanan pada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik.
  • Tujuan pemangkasan- untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
  • Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu.
  • Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni.
  • Gunakan peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam . Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.
3.Pembajaan pokok di tanah
  • Baja penting untuk tumbesaran pokok tetapi pembajaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mati.
  • Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
  • Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.
4. Penjagaan pokok dalam pasu (pemasuan semula)
Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu jadi terhad. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur, pemasuan semula perlu dilakukan.
a. Tanda pokok perlu pemasuan semula
  • Tumbesaran lambat dan terencat
  • Daun mengecil, menguning dan layu
  • Tidak mengeluarkan bunga
  • Akar muncul di permukaan atau keluar dari lubang-lubang
  • Bekas atau pasu pecah
b. Cara pemasuan semula
  • Basahkan tanah dalam pasu dan tinggalkan satu jam agar ianya menjadi lembut
  • Cabut pokok dan gegarkan untuk mengeluarkan tanah pada akar.
  • Potong akar yang mati dan rosak.
  • Sediakan pasu yang lebih besar dengan mengisi arang atau pecahan pasu di bahagian bawah sebagai penapis dan tambah dengan tanah baru sekurang-kurangnya 1/3 daripada bahagian pasu. Jika menggunakan pasu asal, pastikan telah dibersihkan terlebih dahulu.
  • Masukkan pokok ke dalam pasu dan penuhkan dengan tanah baru yang lembab. Padatkan di sekeliling pokok.
Mungkin anda mempunyai cara yang tersendiri, silakan berkongsi di sini.


No comments:

Post a Comment