Thursday 9 February 2012


Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan.
Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung ..mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.
1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.
2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.
3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.
5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.
6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.
8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.
WARNA TUDUNG DIPADANKAN DENGAN BAJU
1. Warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan ‘jengkel’ dengan apa jua pakaian yang digayakan.
2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.
3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan membuat wajah bertambah pucat.
4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.
Bagaikan lumrah individu berkerjaya, setiap pagi fikiran buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Bukan tidak ada koleksi pakaian sesuai, namun saban hari dilema sama berulang seolah-olah kehabisan idea untuk bergaya.
Bagi organisasi yang memberi kebebasan kepada pekerja dalam berpakaian, dilema ini mungkin tidak membelenggui fikiran. Namun, bagi syarikat yang melaksanakan dasar agak tegas dalam etika berpakaian, pekerja sudah tentu perlu membuat homework dalam menata gaya sesuai ke pejabat.
Secara keseluruhan, setiap syarikat mempunyai kriteria kod berpakaian tersendiri. Sesetengah majikan menetapkan pekerja memakai pakaian seragam – ini dari sudut fesyen pastinya hambar tetapi mungkin sesuai dengan jenis pekerjaan dan imej syarikat.
Antara kod pakaian pejabat yang sering diguna pakai dalam kebanyakan organisasi ialah profesional, profesional kasual, perniagaan kasual (business casual) dan santai.
Profesional
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Sut dan tali leher amat diperlukan.
Untuk tampak profesional, pilih sut berwarna konservatif seperti kelabu, hitam, biru laut dan kemeja putih atau warna teras yang lain. Bagi kod ini, elakkan corak berpetak, motif bergambar, warna terang dan garang.
Perlu diingat, hati-hati dalam memilih kasut. Pilih kasut berwarna asas seperti hitam atau coklat dan gandingkan dengan stokin berwarna gelap bukan putih.
Profesional Kasual
Agak santai tapi masih konservatif. Kod pakaian profesional kasual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan kardigan atau ves bagi menggantikan jaket sut.
Perniagaan Kasual (business casual)
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.
Biarpun berpaksi kasual, elak menyarung seluar pendek ataupun jeans. Untuk kasut pula, gayakan kasut sarung (loafer) dan sentiasa memakainya bersama stokin untuk mengekalkan gaya profesional.
Kasual Segak (smart casual)
Agak santai tapi masih nampak profesional. Kemeja berkolar, seluar panjang bersama kot sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
Santai
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.
Kasual Jumaat
Banyak pejabat mempraktikkan polisi kasual pada hari Jumaat ini. Pekerja perlu mematuhi kod pakaian profesional pada awal minggu dan berpakaian santai pada hari Jumaat. Namun, harus diingat, walaupun disebut sebagai kasual, ini tidak bermakna anda boleh memakai seluar pendek, selipar dan pakaian selekeh ke pejabat.
Bilik Tidur Yang Romantik
Nuffnang Ads
0
Posted on October 4, 2011 by admin
romantic room Bilik Tidur Yang Romantik
Bilik tidur yang di hias indah mampu membangkitkan ketenangan. Bagaimanapun ramai juga yang buat tak endah dan hanya menghias ala kadar sahaja. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur haruslah bersih dan wangi untuk menyambut si dia. Apa kata jika anda masih belum menghias bilik tidur anda sebelum ini untuk mencuba tips -tips berikut :-
1. Cat menggunakan warna yang romantik seperti warna merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan dengan sedikit satu ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Jika anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas sebaik saja anda melangkah masuk.
2. Warna langsir selaras warna dinding. Warna harus berpadanan dengan warna dinding anda dan menggunkan material yang jenis lembut dan ringan.Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.
3. Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun Pilih cara yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir.Sembur sedikit pewangi untuk rasa lebih romantik dan nyaman.
4. Gunakan lilin aromaterapi. Jika anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah
5. Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup’.


Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Nuffnang Ads
0
Posted on October 24, 2011 by admin
warna Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna ‘bersih’. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna ‘sejuk’ dan ‘hangat’ (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling ‘hangat’ dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna – sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan ‘terangkat’. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti ‘bebas daripada sebarang masalah’. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa ‘sangat suka’ atau ‘sangat benci’ pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga ‘garang’ atau warna ‘hangat’.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan ‘tak lekang dek zaman’, dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri ‘serius’ yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan ‘tanpa warna’, atau neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa ‘kosong’.




Personaliti Wanita Melalui Bantal
Nuffnang Ads
0
Posted on October 25, 2011 by admin
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



Khasiat Kacang Soya Adalah Rekaan Semata-mata
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.







No comments:

Post a Comment