Thursday 9 February 2012


Petua Membuang Toksid
BAHAN-BAHAN:1 biji epal, Daun seleri
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Juga ,zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Tahukah anda, buah epal dapat membantu melindungi jantung, mengelak sembelit, cirit-birit, melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu?
Amalan memakan buah epal boleh mencuci toksin di dalam badan. Malah, dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran. Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba

  • Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan
    1. Makan secara perlahan.
    2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
    3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
    4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut t...erasa penuh.
    5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
    6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
    7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
    8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
    9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.
    10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal ataupun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.

Panduan Mendidik Anak

http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/anak2soleh-300x253.jpg
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengunati pelbagai jenis penyakit.
Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam menjalani ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah mengakui akan kebenarannya.
Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintfiknya Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab. Oleh itu, pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan Habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit al-saam. Ditanyakan apa itu penyakit sham, beliau berkata al-saam adalah kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka jelaslah kepada kita akan kelebihan habbatus sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.
Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun. Habbatus Sauda yang mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh manusia.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.
Antara pengguan dan manfaat Habbatus sauda ialah:
1. Ditumbuk dibuat adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah dicampurkan dengan air panas sebagai rutin harian. Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3. Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang masih belum diketahui. Moga kita bertambah yakin terhadap Islam dan perubatan Islam. Wallahu’alam.
Produk pelangsingan badan-ramuan-ramuan semula jadi yang anda patut kenali.
Pembakar lemak semulajadi-L-carnitine
Peningkatan paras L-carnitine meningkatkan pembakaran lemak.
Carnitine menyerap lemak dan memindahkan ke mitochondria bahagian sel yang membakar lemak.

Cegah pemendapan lemak-Chromium

Chromium ialah bahan semulajadi galian tubuh manusia.Chromium menolong insulin dalam proses metabolisme karbohidrat, protin dan lemak.
Kepentingannya ialah chromium memanfaatkan karbohidrat dan lemak, pencegah pemendapan lemak.

Meningkatkan metabolisme-Teh Hijau(green tea)

Teh hijau mengandungi catechin polyphenols.Bahan ini menggalakkkan termogenesis,dimana badan membakar lemak untuk mewujudkan haba.
Kehilangan lemak oleh teh hijau lebih khusus kepada lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes.

Kesan diuretik-Biji Guarana

Biji guarana mengandungi dua kali lebih caffein daripada biji kopi.Guaranine bahan seakan caffein meningkatkan kecerdasan mental,meningkatkan kadar metabolisme.
Guaranine juga berkeupayaan seperti agen diueritik.

Buncit perut-Halia

Peredaran darah didalam lemak adalah tidak baik.Halia berkeupayaan meningkatkan edaran darah kekawasan lemak dan membawa nutrien pembakaran lemak ke sel-sel ini.
Hasilnya lemak degil ini akan dimetabolismakan.

Hancurkan lemak-Citrus Aurantium

Oren pahit atau citrus aurantium membantu menghapuskan lemak.Ia merangsang reseptor lemak yang menghancurkan lemak, dan meningkatkan kadar metabolisme.
Ini bermakna lebih banyak kalori dibakar.

Kurangkan selera-Garcinia Cambogia

Asid hydroxycitric(HCA) terdapat dalam Garcinia Cambogia.Asid ini menyekat selera serta menghalang enzim-enzim yang menukar lebihan karbohidrat tersimpan sebgai lemak badan.
Senaman Muka
Berdiri dihadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan dan cekangkan otot muka ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang lebar. Muahahahaa. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin setiap hari mesti dagu anda makin cantik.
Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis
Salah satu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.

No comments:

Post a Comment