Tips Untuk Kurus Secara Semulajadi
Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan
tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang
dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.
JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga
dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh
akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk
menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan
makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh
masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap
yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah
kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan
selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat,
cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.
ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan
garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan
garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang
kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Korang juga boleh
menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu
kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk
gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar
metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah
makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
- Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan,
beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau
berangin di mulut akan membantutkan selera korang.
- Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
- Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
- Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin
banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan
sedikit lemak.
- Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh
berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam
sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang
memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari
makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana
korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang
lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan
lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
- Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang
lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk
kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan
memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
- Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori
dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk
sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu
sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
- Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan
bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring,
kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah,
hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja
makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab,
makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang
habiskan!
- Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan
berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian
kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori
akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua
ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi.
- Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan
adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja
semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan.
Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran.
Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika
memang benar-benar memerlukannya.
- Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan
tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat
seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut
lebih kecil dan cantik.
- Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING
1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
Gunakan
tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga
untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
2. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
3. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
4. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
No comments:
Post a Comment