Monday 16 January 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tips sihat
Hari ini sudahpun masuk hari Khamis. Walaupun sudahpun bekerja untuk beberapa hari, tetapi nampaknya mood saya masih lagi dalam mood cuti. Hehe. Walaupun terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada pembaca drInspirasi.com! :-)
Hari ini tips sihat saya adalah tentang bagaimana untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Pendek kata, perkara yang memberi anda momentum untuk bekerja atau meneruskan aktiviti harian anda dengan lebih baik. Tips ini datangnya daripada Bill Cullen yang merupakan jutawan epal dari Ireland.
Tips sihatnya mudah sahaja.
1. Mulakan dengan melakukan regangan tangan dan kaki mudah untuk beberapa minit.
2. Kemudiannya, lakukan aktiviti ‘skipping’ untuk 2-3 minit. Kemudiannya, teruskan aktiviti ‘skipping’ anda untuk 8-10 minit. Jika anda tidak mempunyai tali ‘skipping’, anda boleh sahaja membayangkannya.
Tips sihat ini sangat membantu dalam memberi tenaga  dan persedian kepada anda untuk menghadapi aktiviti harian. Tips ini diperolehi daripada buku Bill Cullen yang bertajuk, ‘Golden Apples’.Pelaburan 15-20 minit yang memberi hasil untuk 5-8 jam. Untuk kes saya, walaupun saya tidaklah membuat latihan ‘skipping’ selama 8-10minit, (hanya sekadar 5 minit sahaja)namun ia sangat membantu  dalam memberi semangat unutk menghadapi kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut.
Semoga tips sihat di atas membantu.
Salam inspirasi!

No comments:

Post a Comment