Monday 16 January 2012

Hukum kehidupan & kejayaan

Masih tidak dapat melelapkan mata walaupun ketika ini sudah pun awal pagi, mungkin ini penangan ice blended mocha yang saya minum beberapa jam yang lalu. Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Inilah hikmah disebalik mata yang masih segar sedangkan teman disebelah sudah pun nyenyak tidur, kebetulan ketika ini saya tidak berada di rumah bercuti sambil menyiapkan tugasan dan kerja yang perlu kami siapkan. Sebenarnya bagi saya yang bekerja sendiri, ianya tidak dapat dianggap bercuti, selagi laptop boleh dibawa bersama, ini bermakna saya masih lagi bekerja, yang membezakan saya tidak terikat dengan masa dan tempat untuk bekerja.
Sebenarnya beberapa hari lepas, saya baru saja membina satu blog baru yang membincangkan hukum universal dan hukum-hukum yang berada di bawahnya. Blog hukumuniversal.com memfokuskan hukum-hukum yang wujud dan amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Semoga dengan wujudnya pengkhususan berkaitan hukum universal dan kehidupan,akan membantu lebih ramai lagi pembaca memahami dan seterusnya mengaplikasikan ilmu untuk kejayaan, kekayaan dan kemakmuran.
Saya amat yakin, ramai yang gagal mencapai apa yang diinginkan bukan disebabkan mereka ditakdirkan untuk gagal, tetapi ianya disebabkan mereka gagal untuk memahami konsep dan hukum-hukum yang diperlukan untuk berjaya. Alam semesta dan diri kita amat saling berkaitan dan amat berkait rapat diantara satu sam lain, kerana itulah wujudnya hukum-hukum yang bernaung di bawah hukum universal, seperti hukum tarikan, hukum vibrasi, hukum polariti dan banyak lagi hukum yang berkaitan yang amat penting dan perlu kita fahami.
Namun apa yang sangat penting untuk anda ketahui, samada anda tahu akan kewujudan hukum-hukum tersebut, hukum tersebut tetap berjalan seperti biasa ke atas diri anda. Samada anda faham atau tidak akan cara kerja hukum tersebut, hukum tersebut masih juga mempunyai kaitan yang kuat dengan diri anda. Semoga dengan perkongsian yang bakal saya ceritakan melalui blog hukum universal tersebut memberikan manfaat terbaik kepada anda semua.

Tentang Penulis

No comments:

Post a Comment