Thursday 9 February 2012


Soalan: Apakah tiga faktor paling penting apabila memilih sebuah rumah?
Jawapan: Lokasi, lokasi, lokasi

Apabila memilih sebuah rumah, pakar-pakar hartanah menasihatkan pembeli supaya mementingkan lokasi sesebuah rumah. Biasanya, pembeli tertarik kepada faktor-faktor yang kurang penting mengenai rumah yang ingin dibeli. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan juga memberi perhatian kepada persekitaran rumah dan bukan saja rumah tersebut. Faktor persekitaran adalah seperti jiran, imej, kebersihan, kedamaian dan sebagainya. Tersenarai di bawah adalah faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan apabila membeli rumah:
Gaya Hidup
Gaya hidup anda amat penting untuk dipertimbangkan apabila membeli rumah. Contoh sekiranya anda merupakan seseorang yang suka membeli-belah, maka adalah lebih sesuai anda membeli rumah yang dekat kepada pusat membeli-belah. Ataupun anda sudah bersara dan anda minat bersenam, persekitaran yang ada banyak pokok dan taman-taman adalah lebih sesuai untuk anda. Ramai pembeli kesal setelah membeli rumah yang jauh daripada tempat kerja.
Sistem Pengangkutan
Salah satu faktor yang penting adalah sistem pengangkutan. Adakah lokasi rumah yang ingin anda beli selalu ada kesesakan jalanraya? Adakah ianya dekat dengan LRT atau stesyen bas?

Persekitaran yang Selamat 
Anda juga perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan. Anda pasti risau tentang keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda tinggal di kawasan dimana indeks jenayah adalah tinggi. Anda boleh membuat survey dengan mengkaji jenis penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan persekitaran. Ataupun, anda mungkin lebih minat kawasan yang “gated and guarded”.

Pembangunan Masa Depan
Buat kajian tentang pembangunan masa depan yang dirancang untuk lokasi anda. Kaji sama ada terdapat perancangan untuk membina pusat membeli belah, apartment, bangunan komersial, masjid dan lain-lain bangunan di kawasan yang berdekatan. Cara kawasan di persekitaran rumah anda diperkembangkan pada masa depan akan mempengaruhi harga pasaran rumah anda.

Fikir Tentang Pembeli Masa Depan
Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dalam lima sehingga sepuluh tahun, anda perlu ambil kira harga pasaran pada masa itu. Anda mungkin tidak kisah sangat tentang satu dua faktor negatif mengenai rumah anda tetapi kemungkinan pembeli lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan anda. Sekiranya anda memilih lokasi yang baik, nilai rumah anda akan naik dan anda akan mendapat untung yang banyak apabila menjual rumah anda kelak.

Nota Penting: Anda boleh ubahsuai rumah anda supaya ianya lebih menarik TETAPI anda tidak dapat anda tidak dapat membuat perubahan kepada persekitaran anda!


Tips Pinjaman Peribadi Terendah
Bagi bakal peminjam yang ingin membuat pinjaman di mana-mana institusi kewangan, terdapat beberapa kaedah yang dilaksanakan oleh institusi kewangan untuk melihat kelayakan seseorang peminjam sebelum sesuatu pinjaman itu diluluskan. Berikut disenaraikan beberapa kaedah penapisan yang dibuat agar dapat memastikan peminjam yang berkelayakkan sahaja mendapat kelulusan pinjaman. Sumber -Pelbagai

Terdapat dua institusi kewangan yang menawarkan payout 100% iaitu Co Share Holding (koperasi)  dan BSN.

Walau bagaimanapun, hampir semua institusi kewangan akan memeriksa CCRIS dan CTOS bakal peminjam bagi melihat kelayakan peminjam. Terdapat juga institusi kewangan yang masih juga memberi pinjaman sekiranya didapati CCRIS dan CTOS mempunyai rekod pinjaman yang kurang baik dibawah RM30,000.

Dari segi kadar faedahnya pula, ia masih berbeza tetapi bagi 1-3 tahun pertama, BSN dan Bank Rakyat mampu memberi kos yang agak murah berbanding institusi yang lain pada kadar 3.15% dan 3.25%.

Tempoh 3-20 tahun berikutnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi faedah yang ditawarkan oleh semua institusi kewangan termasuk koperasi.

Apa yang penting sekali untuk ingatan peminjam ialah beberapa perkara berikut:

(i) Berapakah kadar bayaran insuran yang dikenakan apabila pinjaman diluluskan. Bayaran ini terpaksa ditanggung oleh peminjam secara one-off sewaktu ia diluluskan. Ia akan sedikit membebankan peminjam sekiranya ia tidak diterangkan secara terperinci oleh institusi kewangan dan koperasi.

(kenapa perlu membayar additional insuran sedangkan anda mempunyai life insurance yang sedia ada??? Satu cara nak buat duit mudah oleh conspiracy of the rich!!!)

(ii) Adakah terdapat yuran pemotongan koperasi kerana ia juga boleh membebankan peminjam yang terpaksa membayar yuran setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman. Walaupun payout 100%, pastikan tidak ada hidden cost seperti ini yang akan memberi kesan mendalam sepanjang tempoh meminjam. Contoh ketara conspiracy of the rich!!!Free rider, Vested Interest!!!

(iii) Pastikan anda sedar yang mungkin terdapat beberapa processing fees, stamping fees dan kos-kos lain yang perlu ditanya dan diberi penjelasan terperinci sebelum anda meminjam. anda terpaksa membayar semua kos ini!!!

(iv) Elakkan dari membuat pinjaman dengan jumlah yang terlalu besar. Contohnya sekiranya anda layak meminjam RM100,000, buatlah pinjaman dalam tempoh 5 -6 tahun dahulu bagi jumlah yang lebih kecil seperti RM30K. Kemudian, kalau tak cukup boleh lah buat overlapping. Janganlah dok komit nak bayar RM100K dahulu sehingga ambik masa selama 20 tahun. Letih woo nak bayar...

Pastikan anda faham bahawa pinjaman dibuat untuk pelaburan...bukan untuk shopping!!!Good Debt!!!Not Bad Debt!!!

Selamat berhutang!!!

TIPS SEBELUM MEMBUAT PINJAMAN PERIBADI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic2qBjIzfDBDE6c-hyuzeM6W1oqJs_Iaa6y2mAacF261aqulTXvnvc5v6uGYkBippirEHhZFp6zzYRxvVPvgBlfa_efT9rcFfP_6CmYR33QARyW4lQI9OTIUNkAhpAa5AmhC7IBS0B18w/s320/personal-loan-clients.jpg
Waktu ini terdapat pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi.Malah institusi kewangan ternama yang sebelum ini tidak berapa tertarik untuk mengembangkan saiz pinjaman peribadi juga telah menunjukkan minat terhadap pinjaman peribadi.
Ini mungkin rahmat kegawatan ekonomi tahun 1998 yang menyebabkan kemerosotan dan kenaikan non performing loan atau pinjaman tidak berbayar untuk pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan. Jadi berita baik untuk pelanggan,kini bank berlmba-lumba menurunkan kadar interest pinjaman masing-masing.
Bagaimana memilih pinjaman peribadi yang paling menguntungkan anda samada dari jumlah yang dipinjam,kadar interest atau kadar keuntungan (istilah yang digunakan oleh perbankan islam)
<!--[if !supportLists]-->1- <!--[endif]-->Pertama sekali apa status anda samada kakitangan kerajaan ataupun swasta.Jika anda kakitangan kerajaan maka ia menjadi lebih mudah kerana semua intistusi kewangan tidak akan menolak permohonan anda.
Malahan jika baru bekerja 4 bulan pun anda sudah boleh mengemukakan permohanan. Bank Rakyat ada menawarkan tapi depend on luck juga.
Jika bekerja di sector swasta masih terdapat juga intistusi kewangan yang memberi pinjaman umpanya Ar-rajhi dan bank Rakyat bagaimanapun lihat syaratnya samada perlukan penjamin atau tempoh perkhidmatan.
<!--[if !supportLists]-->2- <!--[endif]-->Perkara kedua adalah kadar keuntungan array interest yang dikenakan oleh institusi kewangan. Peminjam kini lebih bertuah kerana persaingan antara institusi kewangan menyebabkan mereka saling berlumba-lumba menurunkan kadar interest agar menjadi rendah dan dinamik.
Malahan menawarkan pakej kadar interest istimewa jika anda kakitangan kerajaan,guru,polis dan membuat pinjaman semula ataupun bahasa glamournya overlapping.
Contohnya CiMb ada menwarkan pakej pinjaman semula untuk menutup akaun pinjaman peribadi dari bank lain.Maka anda layak untuk menikmati kadar pinjaman istimewa.Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat dan peraturan dan promosi semasa.
<!--[if !supportLists]-->3- <!--[endif]-->Hidden cost maksudnya kos tersembunyi yang dikenakan sebagai syarat untuk mengambil pinjaman peribadi.Apa yang perlu ada lakukan adalah membuat pertanyaan berapakah jumlah net cash yang saya terima dari pinjaman ini.
Untuk pengetahuan anda,setiap pinjaman peribadi, biasanya pihak bank akan mengambil jumlah tertentu dari jumlah pinjaman tersebut sebagai bayaran stamping agreement, bayaran insuran DTA dan ansuran dua bulan sebagai advance.
Sesetengah institusi kewangan mengenakan processing fee sebagai syaratnya,ini juga termasuk dalam pertimbangan anda samada anda boleh tolerance dengan kadar yang dikenakan. Ada juga yang mengenakan kadar sehingga 4% dari jumlah pinjaman. Selain dari tiga perkara asas tadi bank juga biasanya mengambil kesempatan untuk menawarkan produk lain umpamanya perkhidmatan insurans, wasiat, kredit kad dan lain-lain lagi.
Sebenarnya ini adalah produk sampingan yang tiada kena mengena dengan pinjaman peribadi anda. Anda boleh menolaknya tanpa sebarang risiko permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.
<!--[if !supportLists]-->4- <!--[endif]-->Perkara keempat ialah tempoh pinjaman .Sekarang tempoh pinjaman peribadi ditawarkan sehingga 15 tahun. Bagaimanapun anda mesti memikirkannya kerana kadar interest yang dikenakan adalah berbeza-beza.
Maksudnya kadar interest lebih rendah jika anda membuat pinjaman untuk tempoh yang pendek. Selain itu, anda harus juga menilai kemampuan dari segi membuat bayaran bulanan kerana bayaran ansuran akan menjadi lebih rendah jika membuat pinjaman untuk tempoh masa yang lama begitu juga sebaliknya.
<!--[if !supportLists]-->5- <!--[endif]-->Cermin diri anda. Apa status kewangan anda,anda bersih iaitu tiada sebarang masalah kewangan ataupun anda telah disenaraihitam atau lebih glamournya telah blacklist. Biasa lihat iklankan yang menwarkan pinjaman untuk blacklist. Untuk yang clean tiada apa yang perlu difikirkan.
Tapi untuk yang blacklist mesti tercari-cari dan bersedia untuk menerima bad news jika application ditolak. Sesetengah instistusi kewanagan ada memberi pinjaman peribadi bagi golongan ini(perkara ini akan diterangkan kemudian dlm satu artikel khusus bagi golongan ini)
<!--[if !supportLists]-->6- <!--[endif]-->Berapa jumlah pinjaman. Ini juga satu persoalan penting kerana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung pada status samada bekerja disektor kerajaan atau swasta. Ada bank yang beri sehingga 35kali gaji kasar, 15 ataupun 5 kali gaji sahaja. Maksudnya jika gaji RM 2,000,layak membuat pinjaman sehingga RM 70K.
Namun ianya masih tertakluk kepada syarat bank dan juga jumlah potongan gaji yang dibenarkan majikan dan Biro Perkhidmatan Angkasa(BPA agensi yang melaksanakan potongan gaji bagi pekerja sector kerajaan hanya membenarkan potongan setakat 60% dari gaji sahaja)
Akhir kalam tepuk dada tanya selera yang mana satu sesuai dengan diri anda. Setiap masalah atau persoalan pasti anda jalan yang penting rajin mencari maklumat, tidakla menyesal dikemudian hari. Apa yang penting ukur baju biarlah di badan sendiri.Kita yang menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri.- www.disposal-dream.blogspot.com
Sudah tentu mana-mana isteri sekalipun di dunia ini menginginkan yang terbaik untuk keluarganya. Tiada yang dia lebih ambil berat selain kesihatan, pendidikan dan kemandirian ekonomi keluarga. Cuma dari segi persefahaman dan kerjasama menguruskan kewangan sahaja yang sedikit kurang erat.
Saya seringkali melihat senario dimana suami adalah tonggak tunggal pengurus kewangan keluarga. Malah ada di antara isteri yang menyerahkan sepenuhnya tugas ini kepada suami. Ini bukanlah keadaan yang ideal. Seharusnya situasi ini ditangani bersama. Inilah kehidupan. Inilah bukti kebertanggungjawaban suami isteri terhadap keluarga.
Mungkin beberapa cara di bawah boleh anda pertimbangkan dalam usaha melibatkan isteri dalam pengurusan kewangan keluarga..
Adakan Mesyuarat Kewangan Bulanan
Mempunyai, mengatur dan mengadakan mesyuarat atau perjumpaan bulanan yang membincangkan hal-hal kewangan sahaja. Sebulan sekali atau dua bulan sekali atau tiga bulan sekali. Saya paling cadangkan ia diadakan sekali dalam tempoh tiga bulan. Ini merupakan jangkamasa yang sederhana panjang.
Ajak isteri duduk bersama dan bincangkan perkembangan semasa kewangan keluarga. Daripada hal-hal kecil sehingga yang besar-besar. Dari wang saku anak-anak, menambah pendapatan keluarga, niai bersih keluarga dan matlamat kewangan yang dihajatkan. Minta pendapat isteri dan fikirkan bersama penyelesaian-penyelesaian yang mungkin.
Tetapkan Matlamat Kewangan Keluarga
Seharusnya anda dan isteri menerapkan kedua-dua matlamat kewangan jangka panjang dan matlamat kewangan jangka pendek bersama-sama. Terangkan kepadanya apakah makna kedua jenis matlamat kewangan ini. Setelah itu, secara berasingan tulis matlamat-matlamat anda masing-masing. Kemudian, bincangkan bersama dan gabungkan kedua-duanya. Anda akan dapati, ada di antara matlamat kewangan isteri anda itu yang tidak penting bagi anda tetapi amat bermakna buatnya. Jadi jangan abaikan itu.
Cipta Sistem Perbelanjaan Keluarga
Adakah anda mempunyai bajet untuk keluarga anda? Dimana bajet ini menjadi garis panduan perbelanjaan keluarga anda? Adakah anda sudah menetapkan jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh anda dan isteri dalam sebulan?
Misalnya menetapkan RM300 sebagai amaun wang yang boleh dibelanjakan oleh anda dan isteri tanpa perlu berbincang. Kiranya ia adalah wang peribadi yang boleh digunakan untuk membeli apa sahaja. Ada keluarga yang menetapkan lebih rendah dan ada yang lebih tinggi. Carilah mana yang sesuai untuk anda.
Sesetengah keluarga menggunakan ‘sistem sampul surat’ untuk mengawal perbelanjaan manakala yang lain menggunakan ‘sistem penggunaan limit terhad kad kredit’. Saya secara peribadi amat mengalakkan anda mengggunakan sistem pengurusan perbelanjaan menggunakan sampul surat. Ia efisen dan mudah.
Berjumpa Perancang Kewangan Bersama-Sama
Ini satu lagi cara yang amat berkesan untuk melibatkan isteri dalam pengurusan kewangan keluarga. Terutama untuk anda yang mempunyai isteri yang memang tidak begitu mengambil berat soal kewangan. Dapatkan bantuan professional untuk memberi kesedaran kepada orang rumah anda. Barangkali ada di antara perkara kewangan dimana isteri anda perlukan penerangan konsep yang lebih jitu. Perancang kewangan anda boleh melakukannya.
InsyaAllah minda dan minatnya akan berubah. Sekali lagi saya ingatkan, pastikan hanya mereka yang mempunyai kelayakan sahaja dan bukannya penasihat pelaburan. Sila rujuk artikel saya menerangkan kelayakan penasihat kewangan ini untuk lebih pasti.
Sebagai penutup, perancangan kewangan keluarga bukanlah merupakan suatu daripada pilihan pada hari ini. Ia adalah satu hal yang penting. Kalau boleh ditambah – mandatori. Kesilapan kecil pun boleh mengakibatkan masalah kewangan keluarga yang serius dan memberi kesan dalam banyak bentuk.
Jadi rancangkanlah kewangan keluarga anda dan rancangkannya bersama isteri anda. Bak kata pepatah lama ini, ‘dua orang adalah lebih baik daripada seorang’. Ia memang terpakai dalam kebanyakan perkara.

No comments:

Post a Comment