langkah mulaby intanrohaida |
setelah
berkahwin, selesai sahaja aqad nikah, diri pasangan menjadi halal
antara satu sama lain,.. sepatutnya mawaddah dan rahmah mula berkembang
dan memekar seterusnya terus harum mewangi mewarnai kehidupan pasangan
dua sejoli itu,..
namun, kekadang bukan itu yang berlaku,..
halalnya status suami isteri rupanya menjadi titik mula penderitaan batin dan emosi,..
suami
kasar, isteri bengis, suami garang, isteri jadi singa betina, suami tak
endah, isteri tak peduli, suami lepas tangan, isteri berkira,.. kasih
dan sayang seolah tidak wujud lagi,.. umpama langit dengan bumi
layaknya,..jauh beza ,..tidak seperti masa bercinta dulu,..
mengapa
begitu? sedang masa bercinta, dia tidak halal untuk kita pegang, untuk
kita sentuh, untuk kita bermesra , bersenda gurau,.. ketawa menggoda,
senyum menawan, bercakap lemah lembut,.. tapi kita buat,.semasa
bercinta,.. sebaik berkahwin, hilang senda gurau, tawa manja dan senyum
manis,..yang ada hanya sendu dan pilu,.. kesan layanan kasar
masing-masing...
maka bertepuk tanganlah syaitan durjana,..
hari demi hari berlalu, bulan berselang, tahun berganti,.. keadaan makin parah,..
bila
berlaku sesuatu ujian, isteri jatuh cinta dengan orang lain, suami ada
perempuan baru, ingin menambah cawangan, .. tiba-tiba baru kita
tersedar,.. ehh. apa jadi dengan perkahwinan ku,. yang ku bina atas
dasar cinta sama cinta,.. yang dia dulunya kurindui siang dan malam,..
kini masa dan tempat bukan lagi merapatkan ,..
kesedaran
datang,.. isteri mahu berubah, mahukan suami juga berubah,.. mahu cuba
menyelamatkan perkahwinan, mahu rasa kasih mekar semula, rasa cinta
bersemai kembali,..
boleh,..
insyaallah,.. kerana ALLAH itu amat cintakan kebajikan,..
tetapi desakan hawa nafsu pula menjadi masalah,.. bisikan syaitan tak pernah putus,..
kekadang
diri mahu berbuat baik , tetapi pasangan hanya memberi respon jika kita
mulakan dulu, jika kita diam, dia pun tak kisah,.. setiap kali kita
yang kena mulakan langkah awal, ambil first inisiatif,.. setiap
kali,..lalu kita jadi negatif, jemu dan bosan...
mengapa?
bukankah orang yang memberi itu lebih baik dari orang yang menerima?
bukankah tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah?
kenapa
ada rasa sombong,..? tak mengapa kita sentiasa memulakan ,..kebaikan
atas kita,.. bukankah nabi kita kata orang yang memberi salam itu lebih
mulia dari orang yang menjawab salam?
yakinlah, memberi itu lebih baik..
memulakan itu pahala,..
yang pertama itu sentiasa membawa makna,.
buat
kerana ALLAH, nescaya puji atau keji , tak akan membawa erti pada
kita,.. dipuji kita syukur , dikeji pun tak mengapa,.. kerana yang
penting adalah penerimaan ALLAH...
ayuh,.. kita jadi yang pertama,.. mulakan langkah,.. menuju kebaikan,..
No comments:
Post a Comment