ramai
sekali yang bertanya perihal makan dan makanan. jika sakit, apa yang
perlu dimakan, jika mahu rawat sesuatu apa yang boleh diminum,. jika
mahu buang penyakit, makanan dan minuman apa yang terbaik,... and so
forth,..
menjawab
persoalan ini, sebenarnya mudah,.. tetapi kekadang kita lupa,.. lupa
akan hakikat bahawa sebenarnya kita bermasalah , kita berpenyakit, kita
menderita kerana masalah kesihatan ,.. sebenarnya berasal dari makanan..
dari apa yang kita makan, ... dari apa yang kita masukkan dalam perut
kita,..
sabda junjungan mulia, nabi muhammad saw,..
“Anak Adam tidak
mengisi bekas yang lebih buruk dari cara
mereka memenuhi perut mereka.
Hendaklah Anak Adam mengambil beberapa
suapan untuk menguatkan tulang mereka.
Sekiranya boleh, 1/3 dari perut untuk
makanan, 1/3 untuk minuman, dan 1/3
untuk pernafasan”
• Riwayat An-Nasai, at-Tirmizi
itulah
sebenarnya punca penyakit kita,...belum habis hadam nasi lemak untuk
breakfast , kita dah makan kueh untuk tea jam 10 pagi, belum sempat reda
tea, kita dah lunch,.. habis lunch hour, kita dah teringin makan itu
ini untuk tea petang pula dan belum apa-apa , dah dinner, untuk late
nighters pula, kedai mamak 24 jam sentiasa ada untuk supper,.. lalu,
wajarkah makanan atau minuman yang kita cari sebagai jawapan kepada
masalah kesihatan kita?... yang menjadi penyembuh penyakit?
perutlah punca penyakit,.. makanan yang kita makanlah faktor utama permasalahan kita,..
renungkanlah,..
sebenarnya
jawapan paling mudah bukanlah mencari apa yang perlu dimakan atau
diminum, minuman apa yang terbaik, makanan apa yang paling bagus,..
tetapi jawapan sebenar kepada permasalahan penyakit jasad adalah,...
banyakkan berpuasa, ..
atau paling tidak kurangkan kuantiti makanan dan kuantiti berapa kali makanan masuk ke dalam perut kita,...
nabi
tercinta, corak pemakanannya,.. kenyang sehari lapar sehari,.. kenyang
untuk dia mensyukuri nikmat ALLAH, lapar untuk dia bersabar dengan
ujianNYA,..dan kenyang rasulullah , bukan kenyang kita,.. kenyang
baginda sekadar beberapa biji kurma atau sekeping roti yang dicicah
minyak zaitun bercampur cuka,.. sekali hidangan itu aje untuk hari yang
baginda sepatutnya kenyang itu,..
masyaallah,..
kita?
tapi kita masih bertanya,..apa yang patut kita makan...
masyaallah...
No comments:
Post a Comment