Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Kuruskan Badan
Thursday, February 16, 2012 19:13
Tulisan Dalam Kumpulan Artikel Kuruskan Badan
0 Ulasan
Bila
berbicara tentang motivasi untuk kuruskan badan, ramai yang merasakan
ia adalah sesuatu yang telah hilang entah ke mana. Jadi bagaimana cara
menemukan kembali motivasi untuk kuruskan badan?Langkah pertama adalah mempastikan yang anda mempunyai sasaran. Sekiranya seseorang berkata, “Saya mencuba untuk menurunkan berat badan”, mereka akan menghadapi jalan sukar dan peluang untuk mereka berjaya dalam program diet mereka adalah tipis.
Mengapa?
Kerana mereka “cuba untuk menurunkan berat badan”. Apa maksud turunkan berat badan? Turunkan berapa gram, berapa kilogram, turunkan 50 kilogram? Bila tidak ditetapkan jumlah berat yang hendak diturunkan, ia memberi mesej yang meraka tidak benar-benar pasti.
Apabila mereka berdiet, mereka mempunyai hanya sedikit motivasi untuk kuruskan badan kerana minda separa sedar mereka tidak tahu apa hasil yang ingin dicapai bagi program diet yang diamalkan. Apa yang ia tahu adalah “menurunkan berat badan”. Justeru bila mereka berdiet dan kehilangan sedikit berat badan, “TAHNIAH! Anda telah kehilangan berat badan!!!”
Ya betul, ia bukan sebenarnya apa yang mereka mahu. Saya yakin yang mereka mahu kehilangan lebih daripada satu kilogram, tetapi bagi minda separa sedar – mereka telah mencapai matlamat mereka, jadi tahniah … dan kembali makan seperti biasa.
Apabila anda berdiet ia sememangnya penting untuk anda tahu secara tepat sebanyak mana berat badan yang hendak diturunkan. Ini akan memberikan anda motivasi kuruskan badan dan kunci kejayaan. Jika anda tahu secara tepat berapa banyak yang anda ingin kurangkan, maka:
- Anda tahu apa yang anda sasarkan
- Anda tahu bila anda harus mencapainya
- Tidak ada kekeliruan di antara minda sedar dan separa sedar
- Anda boleh kekal bermotivasi ketika sedang maju ke arah berat badan yang disasarkan
Oleh itu main permainan “anak-anak” ini dengan diri sendiri. Tuliskan sasaran kehilangan berat badan anda di atas kertas…bacanya setiap hari, anda akan perolehi motivasi untuk menurunkan berat badan anda.