Tuesday 17 January 2012


Posted: 31 Dec 2011 11:14 AM PST

Kunyit muda boleh menaikkan seri wajah anda. Dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah anda pasti akan berseri dan menawan.


Posted: 31 Dec 2011 11:03 AM PST

Untuk menghaluskan kulit muka, ramas dan lumurkan daun jambu batu. Campurkan daun tersebut dengan bedak sejuk dan tempelkan pada muka anda. Ia pasti akan mencantik dan menghaluskan wajah.


Posted: 31 Dec 2011 10:55 AM PST

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk  menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
 


Posted: 31 Dec 2011 10:48 AM PST

Pilihan 1 – Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
Pilihan 2 - Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Pilihan 3: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 4: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.
 


Posted: 31 Dec 2011 10:33 AM PST

Pisang kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit. Amalkan petua ini.
1. Satu biji pisang masak
2. 1 sudu madu
3. 1/2 sudu minyak jojoba
4. 1 sudu yoghurt
5. Putih telur
6. 1 sudu tanah liat putih
CARANYA
a. Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.
b. Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.
c. Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 25 minit sebelum dibersihkan. Petua ini boleh membantu melembut dan menganjalkan kulit.
 


Posted: 31 Dec 2011 10:27 AM PST

Pilihan 1: Kupas lobak merah dan cuci sehingga bersih. Parut lobak merah tersebut dan perah. Seterusnya, anda usapkan air perahan lobak merah pada kulit kepala sehingga rata. Lakukan urutan secara perlahan-lahan. Biarkan semalaman dan pada keesokan hari barulah anda cuci seperti biasa.
Pilihan 2: Potong pohon pisang di bahagian bawahnya. Di atas bonggol pisang yang masih tertanam, buatkan lubang dan biarkan semalaman supaya penuh dengan air pada keesokan paginya. Gunakan air yang tertakung dalam lubang tersebut untuk mencuci rambut anda. Lakukan 3 kali seminggu.
Pilihan 3: Belah daun lidah buaya dan gosokkannya pada seluruh kulit kepala. Lakukan setiap pagi. Bersihkan rambut anda selepas menggosoknya dengan daun tersebut.
Pilihan 4: Berjemurlah di bawah sinar cahaya matahari pagi di antara pukul 7 hingga 8 pagi. Anda hanya berbuat demikian tidak lebih daripada ½ jam bagi membantu menyihatkan rambut anda.
 


Posted: 31 Dec 2011 10:18 AM PST

Pilihan 1: Ambil akar Penaga Laut, cuci bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Seterusnya, tapis dengan kertas turas dan basuh mata dengan air rendaman akar tersebut.
Pilihan 2: Ambil Bunga Raya dan masukkan ke dalam air panas yang baru mendidih. Seterusnya, tapis dan gunakan air tersebut sebagai losyen. Sapukan pada mata anda yang bengkak.
Pilihan 3: Rebus Bunga Cina sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk mencuci mata anda yang sakit.
Pilihan 4: Rebus daun Kacang Botor sehingga mendidih. Setelah sejuk air rendaman tersebut, ambil air itu untuk mencuci bahagian mata yang bermasalah.
Pilihan 5: Ambil jeli daun Lidah Buaya dan masukkan ke dalam air masak. Setelah sejuk, ambil air itu untuk disapukan pada bahagian mata anda yang bermasalah.
Pilihan 6: Ambil daun muda Rokam Manis dan tumbuk lumat. Perah airnya dan titiskan pada kelopak mata anda yang bengkak.
Pilihan 7: Tumbuk lumat daun Setawar dan tampalkan pada mata anda yang bengkak.
Pilihan 8: Rendamkan daun teh dalam air panas dan wapkan pada mata anda yang bengkak.
Pilihan 9: Rebus Jintan Hitam sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis airnya dengan kertas  tulas dan basuh mata anda yang bengkak pada waktu pagi dan petang.
Pilihan 10: Basuh bersih Pangkal Lembah dan rebus sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis dengan kertas turas dan gunakan air rebusan ini untuk mencuci mata anda yang sakit dan bengkak.
Pilihan 11: Tumbuk lumat pokok Pegaga, perah dan tapis airnya. Titiskan air tapisan ke dalam mata anda sebanyak 4 kali sehari.
 


Posted: 31 Dec 2011 10:11 AM PST

Pilihan 1: Sapukan madu lebah ke bibir anda dan biarkan selama 25 minit. Kemudian, bilas dengan air.
Pilihan 2:  Sapukan ubat gigi ke bibir anda 5 minit sebelum mandi. Selain memerahkan bibir, ubat gigi juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
Pilihan 3: Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu di bahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur.
Pilihan 4: Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya dan campurkan dengan kuning telur ayam kampong. Makan setiap pagi dan malam.
Pilihan 5:  Ambil seketul halia dan kupas kulitnya. Basuh sehingga bersih dan tumbuk atau parut halia tersebut. Campurkan dengan santan kelapa pekat. Sapukan pada bibir anda dan biarkan seberapa lama yang termampu. Anda akan dapati bibir anda  nampak merah dan sedikit jingga.
 

No comments:

Post a Comment