DIANTARA AYAT-AYAT
PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN.
1.
Surah Yassin: Ayat 36
Maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin
ayat 36)
2. Surah Yusuf: Ayat 4.
Maksudnya:
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan
matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
"(Surah Yusuf Ayat 4)
3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.
Maksudnya:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat
13)
4. Surah Ali Imran: Ayat 14.
Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
5.
Surah Ali Imran: Ayat 31.
Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).
Sebelum
memulakan doa mari ulangkaji ADAB-ADAB
KETIKA BERDOA.
Doa
ini diambil dari Darusyiffa. Ia salah satu doa untuk membuka segala
kunci pada permasalahan jasmani dan rohani. Sebelum ini captain telah
memasukkan N3 "Doa Pembuka Dan Menutup Pintu Hati". N3 kali
ini juga adalah Doa untuk membuka apa telah tertutup atau terkunci
seperti fikiran,hati, pintu rumah, peti dan lain-lain lagi.
Banyak
perkara yang tertutup atau terkunci. Sebagai contohnya, nafsu dikunci terhadap
isteri, ilmu pelalau yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari
bertemu jodoh. Pintu rezeki tertutup rapat. Fikiran dan hati yang tertutup.
Perasaan dan kasih sayang tertutup pada isteri atau suami dan sebagainya.
Jodoh
pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar
Allah S.W.T. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT akan menentukan
segala-galanya.
Maksudnya:(Surah
Al-Fath:Ayat 1,2,3):
1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai
Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan
silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya
kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan
Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk
mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang
tidak ada bandingannya).
Wasallam.
ika
sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa yang
lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa tidak
semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh
diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih
mudah dimakbulkan Allah SWT.
Ertinya:
"Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad yang dengan berkat berselawat keatasnya akan menyelamatkan kami
daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat
kami,juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan dan mengangkat
kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan membolehkan kami mencapai
tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas
mati. Selawat sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda dan
kesejahteraan yang banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang
Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Wasallam.
Anda mungkin juga meminati:
DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI.
Maksudnya:
15. Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami,
menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan
banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari
Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki
orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan
kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada
cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan
yang lurus.
No comments:
Post a Comment