Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan.
Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung ..mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.
1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.
2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.
3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.
5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.
6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.
8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.
WARNA TUDUNG DIPADANKAN DENGAN BAJU
1. Warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan ‘jengkel’ dengan apa jua pakaian yang digayakan.
2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.
3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan membuat wajah bertambah pucat.
4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.
Bagaikan lumrah individu berkerjaya,
setiap pagi fikiran buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Bukan
tidak ada koleksi pakaian sesuai, namun saban hari dilema sama berulang
seolah-olah kehabisan idea untuk bergaya.
Bagi organisasi yang memberi
kebebasan kepada pekerja dalam berpakaian, dilema ini mungkin tidak
membelenggui fikiran. Namun, bagi syarikat yang melaksanakan dasar agak tegas
dalam etika berpakaian, pekerja sudah tentu perlu membuat homework dalam menata
gaya sesuai ke pejabat.
Secara keseluruhan, setiap syarikat
mempunyai kriteria kod berpakaian tersendiri. Sesetengah majikan menetapkan
pekerja memakai pakaian seragam – ini dari sudut fesyen pastinya hambar tetapi
mungkin sesuai dengan jenis pekerjaan dan imej syarikat.
Antara kod pakaian pejabat yang
sering diguna pakai dalam kebanyakan organisasi ialah profesional, profesional
kasual, perniagaan kasual (business casual) dan santai.
Profesional
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Sut dan tali leher amat diperlukan.
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Sut dan tali leher amat diperlukan.
Untuk tampak profesional, pilih sut
berwarna konservatif seperti kelabu, hitam, biru laut dan kemeja putih atau
warna teras yang lain. Bagi kod ini, elakkan corak berpetak, motif bergambar,
warna terang dan garang.
Perlu diingat, hati-hati dalam
memilih kasut. Pilih kasut berwarna asas seperti hitam atau coklat dan
gandingkan dengan stokin berwarna gelap bukan putih.
Profesional Kasual
Agak santai tapi masih konservatif. Kod pakaian profesional kasual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan kardigan atau ves bagi menggantikan jaket sut.
Agak santai tapi masih konservatif. Kod pakaian profesional kasual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan kardigan atau ves bagi menggantikan jaket sut.
Perniagaan Kasual (business casual)
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.
Biarpun berpaksi kasual, elak
menyarung seluar pendek ataupun jeans. Untuk kasut pula, gayakan kasut sarung
(loafer) dan sentiasa memakainya bersama stokin untuk mengekalkan gaya
profesional.
Kasual Segak (smart casual)
Agak santai tapi masih nampak profesional. Kemeja berkolar, seluar panjang bersama kot sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
Agak santai tapi masih nampak profesional. Kemeja berkolar, seluar panjang bersama kot sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
Santai
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.
Kasual Jumaat
Banyak pejabat mempraktikkan polisi kasual pada hari Jumaat ini. Pekerja perlu mematuhi kod pakaian profesional pada awal minggu dan berpakaian santai pada hari Jumaat. Namun, harus diingat, walaupun disebut sebagai kasual, ini tidak bermakna anda boleh memakai seluar pendek, selipar dan pakaian selekeh ke pejabat.
Banyak pejabat mempraktikkan polisi kasual pada hari Jumaat ini. Pekerja perlu mematuhi kod pakaian profesional pada awal minggu dan berpakaian santai pada hari Jumaat. Namun, harus diingat, walaupun disebut sebagai kasual, ini tidak bermakna anda boleh memakai seluar pendek, selipar dan pakaian selekeh ke pejabat.
Bilik Tidur Yang Romantik
Posted on October 4, 2011 by admin
Bilik tidur yang di hias indah mampu
membangkitkan ketenangan. Bagaimanapun ramai juga yang buat tak endah dan hanya
menghias ala kadar sahaja. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur
haruslah bersih dan wangi untuk menyambut si dia. Apa kata jika anda masih
belum menghias bilik tidur anda sebelum ini untuk mencuba tips -tips berikut :-
1. Cat menggunakan warna yang
romantik seperti warna merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan dengan
sedikit satu ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Jika
anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas
sebaik saja anda melangkah masuk.
2. Warna langsir selaras warna
dinding. Warna harus berpadanan dengan warna dinding anda dan menggunkan
material yang jenis lembut dan ringan.Jika anda suka menggunakan motif floral
di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.
3. Bangkitkan mood dengan cadar yang
sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau
kartun Pilih cara yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti
warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir.Sembur sedikit pewangi
untuk rasa lebih romantik dan nyaman.
4. Gunakan lilin aromaterapi. Jika
anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak
terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah
5. Aksesori sebagai pelengkap bilik
tidur seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama
suami. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup’.
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Posted on October 24, 2011 by admin
Warna adalah komponen penting dalam
dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara
semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan
bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah
terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi
warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah
anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang
diingini.
BIRU, warna langit dan lautan,
terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak
bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu
digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana
warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan,
dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru
ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan
banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga
dikenali sebagai warna ‘bersih’. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan
ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang
berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa
riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna
kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika
tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di
sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna
lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam
bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur,
sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna ‘sejuk’ dan ‘hangat’
(biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan
nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah
dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk
mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan
murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling ‘hangat’
dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan
fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian
seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja
anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah
pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan
untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda
tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah
yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan
dan menambah banyak karakter pada skema warna – sama ada tradisional mahu pun
kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana
jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja,
bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah
yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin
agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah
bilik boleh memberi rasa segar dan ‘terangkat’. Dengan unsur raja dan mistik,
ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu
minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna
kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan
keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan
adakalanya seperti ‘bebas daripada sebarang masalah’. Ia dibayangkan sebagai
warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang
tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah,
ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang
bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding
warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna
jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa ‘sangat
suka’ atau ‘sangat benci’ pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan
yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional.
Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih
selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan,
kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi
(tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu
memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang
yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan
warga ‘garang’ atau warna ‘hangat’.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa,
kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain
menunjukkan stail dan ‘tak lekang dek zaman’, dan satu warna penegasan yang
cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri ‘serius’ yang dapat
membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak
warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan
ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan
ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam
spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan ‘tanpa warna’, atau
neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek,
berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan
selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan
membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak
ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna
neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna
bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan
mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan
rasa ‘kosong’.
Personaliti Wanita Melalui Bantal
Posted on October 25, 2011 by admin
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal
biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang
tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa
mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan
berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang
kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada
dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang
baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri
yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada sifat ego.
Khasiat Kacang Soya Adalah Rekaan Semata-mata
- Posted by Keindahan on January 3, 2012 at 12:25pm in Edisi Siasat
- Send Message View Discussions
Nabi SAW mengamalkan pemakanan
sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada
pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil,
sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan
barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan
dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan
protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya
mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum
wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari,
dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan
fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu
chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan
isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya
selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem
penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani
proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak
sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi
perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang
diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu
nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh
menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang
mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan
anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu
seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan
penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai
kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan
kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan
manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses
penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah
tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1
dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya,
contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita
baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa
menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia
bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya
Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang
alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu
keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas
tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen
dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi
kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan
wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih
cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi
minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya,
seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun
melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan,
untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang
menyebabkan kanser tiroid.
No comments:
Post a Comment