Rahsia No Kad Pengenalan Anda
Sejak tahun 1990, setiap warganegara
Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format
TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
Kumpulan digit pertama (TTBBHH)
merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod
negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan
dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan
ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.
Namun begitu apabila seseorang
anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad
pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.
Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak
oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Sebagai pembezaan di antara
pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad
pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya
pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang
adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir
berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad
pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor
siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama
mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru
MyKad.
SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55,
56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82
No comments:
Post a Comment