Bekas menyimpan makanan yang terlalu
lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan
merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan
selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan
bekas tidak lagi berbau.
Menghilangkan Hanyir Daging
Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.Cara Mudah Kopek Kulit Udang
Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.
2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.
3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.
Ulam Kekal Rangup
Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk
Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna
selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna
bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh
Biarpun begitu, ramai yg tidak punya
pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut
kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.
Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai
Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai
Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
- Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
- Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
- Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
- Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
- Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Tips Untuk Kesihatan:
- Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
- Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
- Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
- Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
- Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
- Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.
Petua Resdung
Resdung 1Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Resdung 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Resdung 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Resdung 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Resdung 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
Resdung 6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2
vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur
tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
- Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
- Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
- Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
- Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
- Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
- Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
- Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.
Hikmah Makanan Dalam Islam
May 21st, 2007 at 3:27 pm (Petua
Makanan)
Roti (khubz)Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Membuang Lemak Badan
Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Ikan Rebus Lebih Sedap Dan Lazat
Masakan ikan rebus bergantung kepada cara merebusnya. Cuba cara ini untuk menambah kelazatan ikan rebus. Masukkan asam keping dan ikan ke dalam periuk dan atur berselang seli. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka makan dan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Rebus dengan api yang perlahan tanpa memasukkan air. Pasti ikan rebus anda akan lebih lazat.Kaki Kematu
Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. Kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. Lakukan selalu, insya-Allah kematu kaki akan berkurangan.Yogurt lembutkan rambut
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
No comments:
Post a Comment