TIPS JIKA TERTINGGAL CERMIN MATA
Tentu amat sukar jika anda yang memakai
cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah,hilang atau lupa
membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke
atas.
Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin
melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana
hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.
Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk
mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip
efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan
penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan
akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.
Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat
dari sebuah kadbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis
atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang
menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah
lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!
Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu
membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan
kanan kita.
Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan
kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas
berlubang tadi.
Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari
celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca.
Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.
No comments:
Post a Comment