Tuesday, 7 February 2012


Posted: 30 Jan 2012 01:58 AM PST

1. Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
2. Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
3. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
4. Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


Posted: 30 Jan 2012 01:49 AM PST

Tekanan - Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.
Masalah Kesihatan - Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda.
Ubatan – Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
Berlebihan Hormon Prolaktin – Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
Menyusu Badan – Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
Masalah Tiroid – Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
Gemuk – Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Terlalu Kurus – Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
Tersilap Kira – Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
Menopos – Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
Pencegahan Hamil – Sekiranya anda baru sahaja mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah penyebab haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Oleh itu, jangan risau.
Hamil – Anda disahkan hamil. Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat?

Sekiranya anda hamil, buatlah temujanji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.


 


Posted: 29 Jan 2012 09:33 AM PST

  1. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  2. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  3. Minum susu segar setiap hari.
  4. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  5. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  6. Tidur awal dan bangun awal.
  7. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.
 


Posted: 29 Jan 2012 08:30 AM PST

1. Ambil 2 ketul  lengkuas dan 2 ketul halia (semuanya sebesar ibu jari). Rebus bersama daun atau kulit kayu manis beserta 300 ml air. Minum setiap pagi dan malam selama 3 hari.
2. Tingkatkan kelembapan udara dengan alat pelembap, pengewap atau sedut udara yang berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.
3.  Minum banyak air.
4. Kurangkan makanan yang menyebabkan banyak lendir seperti bahan tenusu, makanan yang diproses banyak kali (seperti minyak yang lama digunakan), daging, makanan remeh, gula pasir, buah-buah manis, dan makanan daripada tepung seperti roti putih.
5. Kurangkan makanan yang menghasilkan angin seperti kacang, kobis atau kobis bunga.
 


Posted: 29 Jan 2012 07:56 AM PST

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata. Minum setiap pagi.
.


Posted: 29 Jan 2012 07:45 AM PST
Pilihan 1:
  1. Ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra.
  2. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.

Pilihan 2:
1. Ambil segumpal tanah dan ludah pada tanah tersebut.
2. Letakkan tanah itu pada tempat yang terkena sengatan tebuan.
Pilihan 3:
Ambil biji asam jawa, belahkan dan tekapkan pada bahagian asam jaa (warna putih) yang terkena sengatan.
Jika ada bisa, asam jawa tersebut akan melekap. Asam jawa tersebut akan tertanggal apabila bisa habis.


Posted: 29 Jan 2012 07:12 AM PST
Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.  Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.
Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar sepertikerengga..  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bias. Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari.  Oleh itu, biarkanlah lipan itu terus hidup selagi ia tidak membahayakan keselamatan anda.
Fakta Mengenai Lipan
1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.
2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.
3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.
4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.
5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan  tidak dibersihkan.
6. Lipan rumah biasanya 1 hingga 2 inci panjang.
7. Lipan ada pelbagai warna : putih, hitam dan merah.
8. Lipan rumah sangat laju bergerak
9. Lagi besar lipan, lagi bisa sengatannya
10. Lipan rumah tidak berbahaya tetapi bisanya gigitan bergantung kepada badan seseorang itu, samada ada alergi atau tidak.
Petua Rawatan Digigit Lipan
1. Apabila disengat lipan, serta-merta letak ais pada tempat sengatan supaya terhenti sebaran toxinnya dan menghentikan bengkak.
2. Jumpa doktor serta-merta.
Petua Menghalau dan Mengelak Lipan Masuk Rumah
1. Jemur tikar-tikar LINO atau VINYL supaya kering.
2. Cari tempat-tempat yang lembab dan keringkan
3. Cari penyebab kelembapan dan tutup retakan dengan silicon.
4. Bersihkan dan buang semua jenis sarang-sarang semut dan serangga lain
5. Taburkan serbuk filter “DIATOMACEOUS EARTH” : (Banyak dijual di kedai hardware
untuk tujuan filter swimming pool dan filter air). Tutup hidung dengan sapu tangan sambil taburkan pada tempat-tempat yang disyaki.
6. Jika anda ingin gunakan spray (semburan), gunakan yang ada kimia PYRETHRIN. Tutup hidung, pakai goggle dan minta keluarga keluar dari rumah sebelum spray. Basuh tangan, ketepikan pakaian yang digunakan dan mandi selepas  spray.
7. Tabur “DIATOMACEOUS EARTH” sekeliling rumah di bahagian luar atau atas tanah.


Posted: 29 Jan 2012 06:52 AM PST

1. Ambil tawas yang telah dibakar, belerang dan kulit kayu manis.
2. Tumbuk sampai halus.
3. Kemudian sapukan luka itu dengan madu.
4. Akhir sekali percikkan serbuk yang telah dihaluskan itu.


Posted: 29 Jan 2012 06:38 AM PST

Pilihan 1: Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
Pilihan 2: Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.
Pilihan 3: Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.
Pilihan 4: Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.
Pilihan 5: Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
Pilihan 6: Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
Pilihan 7: Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.
Pilihan 8: Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
Pilihan 9: Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.
Pilihan 10: Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.
 


Posted: 29 Jan 2012 06:16 AM PST

Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.
Petua Untuk Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Pilihan 2: Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata
1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.
2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.
4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.
5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

No comments:

Post a Comment