Cer Cuba Petua Sakit Kaki Ni
Berdiri terlalu lama ataupun alah dengan makanan tertentu boleh menyebabkan anda sakit kaki.
Hal ini mungkin menjadi punca badan anda masuk angin. Kemudian, kaki
mulalah terasa sengal-sengal. Terutamanya pada bahagian tapak kaki dan
seterusnya meresap ke tulang.
Sehubungan itu, masalah ini boleh anda atasi dengan menggunakan daun mengkudu.
Apa yang patut anda lakukan dengan beberapa helai daun mengkudu adalah;
1. Salai daun mengkudu dengan api.
2. Selepas itu, balutkan saja daun itu pada kaki yang sakit.
Sekiranya
kaki anda masih lagi terasa sakit, ulangi saja langkah di atas dengan
menggantikan daun mengkudu yang baru. Lakukannya beberapa kali
sehinggalah keadaan kaki anda kembali seperti biasa.
Sekian saja petua sakit kaki ini. Terima kasih atas perhatian anda dan jangan lupa cuba tau. :)

No comments:
Post a Comment