5 Manfaat Jalan Kaki
Anda suka jalan kaki untuk ke
satu-satu tempat? Tak kiralah sama ada ke kedai runcit berdekatan rumah
mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar di
taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)
Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.
Berjalan kaki secara perlahan atau
sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko
pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.
Antaranya;
1. Kurangkan risiko diabetes
Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.
2. Kurangkan risiko strok
Berjalan kaki secara sederhana selama
30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%.
Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.
3. Kurangkan risiko kanser payudara
Berjalan kaki bukan setakat boleh
mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit
melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??
4. Menguatkan daya ingatan
Kajian dari Itali mendapati berjalan
kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan
27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya
selama 4 tahun.
Demensia merupakan sejenis penyakit
otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya
seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.
Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.
Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.
5. Memperbaiki kehidupan seks
Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?
Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...
A. Meningkatkan ransangan seks
&
B. Meningkatkan kepuasan seks mereka
kerana pengaliran darah yang lebih lancar.
Sekarang, bagaimana persepsi anda
terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah,
amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai
rutin baru anda. (*-*)

No comments:
Post a Comment