Tuesday, 7 February 2012


Jika anda kerap menunaikan umrah dan haji, mungkin anda tidak asing dengan fenomena yang dikenali dengan Bukit bermagnet. Bukit tersebut terletak di Lembah Jin, lebih kurang 30km hingga 40km daripada Kota Madinah.  Kenderaan yang melalui kawasan ini akan merasai kelajuan bertambah 5km/j. Jika kenderaan dimatikan dan gear dibiarkan neutral, kenderaan akan bergerak sendiri secara perlahan dan boleh mencapai kelajuan maksima 120km/j pada akhir kelajuan.

Saksikan video di bawah:






Sebenarnya fenomena sebegini bukan sahaja berlaku di Lembah Jin, Madinah tetapi turut berlaku di banyak negara termasuk Los Banos di Filipina, Gunung Leh di India, Pulau Jeju di Korea Selatan, Gensu di China, beberapa tempat di England, Amerika Syarikat dan Australia.


Penjelasan saintifik melingkari fenomena pelik ini adalah berkenaan ilusi optik yang terjadi akibat penipuan mata apabila air kelihatan turun daripada gunung yang seakan-akan kawasan tersebut adalah condong. Namun, ia hanyalah penjelasan yang ringkas dan tertakluk hanya di beberapa tempat sahaja.




Fenomena bukit bermagnet di India:


Fenomena bukit bermagnet di Isle of Man:
 







Bukit Magnet atau Jabal Magnet ini terletak di Madinah, sebuah kota di negara Timur Tengah iaitu Arab Saubi. Kota Madinah Al Munawarah juga merupakan kota suci bagi umat Islam. Kota ini dikelilingi oleh bukit-bukit dan gunung-ganang. Bukit ini berada 60km dari Kota Madinah. Dianggarkan seluas 4km kawasan gunung ini mempunyai tarikan magnet yang kuat. Gunung Magnet tersebut bewarna hitam dan merah bata.

Koordinat Bukit Magnet Madinah
24° 43' 21.21" N 39° 26' 40.26" E


Warga setempat menyebutnya Manthiqa Baidha, yang bermaksud perkampungan putih. Namun, banyak yang menamainya Jabal Magnet. Jabal Magnet menyimpan misteri dan fenomena kagum bagi sesiapa saja yang berkunjung ke kawasan ini.


Kenderaan yang melalui kawasan ini akan merasai kelajuan bertambah 5km/j. Jika kenderaan dimatikan dan gear dibiarkan neutral, kenderaan akan bergerak sendiri secara perlahan dan boleh mencapai kelajuan maksima 120km/j pada akhir kelajuan.
Jika dikatakan tarikan graviti menyebabkan kenderaan bergerak sendiri, bagaimana pula bila kenderaan tersebut boleh menaiki kawasan yang membukit. Tidak hanya itu, jarum penunjuk kompas yang dibawa juga tidak bekerja sebagaimana biasa. Arah utara-selatan menjadi kacau. Selain itu, ada beberapa pengunjung mengaku kehilangan data dari telefon bimbit ketika di lokasi tersebut.
Secara geografi, fenomena Jabal Magnet boleh dijelaskan dengan logik akal. Kerana, Kota Madinah dan sekitarnya berdiri di atas "Arabian Shield" tua yang sudah berumur 700 jutaan tahun.

Kawasan itu berasal dari endapan lava “alkali basaltik” (theolitic basalt) seluas 180,000km persegi. Lava yang bersifat basalt itu muncul ke permukaan bumi dari kedalaman 40 kilometer melalui zon rekahan sepanjang 600 kilometer yang dikenal sebagai “Makkah-Madinah-Nufud volcanic line”.
Banyak gunung berapi terbentuk di sepanjang zon rekahan itu. Seperti Harrah Rahat, Harrah Ithnayn, Harrah Uwayrid dan Harrah Khaybar.






No comments:

Post a Comment