Tips tenangkan hati dari unsur sekitar
Ada kajian yang dibuat menggosok kucing boleh membuatkan tekanan darah menurun, hal ini kerana sifat kucing itu sendiri yang manja serta mudah refleks pada sentuhan. Pada kebiasaan sekiranya seseorang mengusap kucing ia akan bertindak balas manja terhadap orang yang menggosoknya. Oleh kerana itulah hati pengusap kucing itu akan terhibur dan rasa dihargai hingga menyebabkan tekanan darah menurun serta ketenangan.
Pernahkah anda lihat ikan berenang? mungkin sukar untuk melihat ikan berenang, tetapi anda boleh berada di tepi kolam yang jernih atau melihat akuarium ikan. Ada juga kajian yang membuktikan dengan melihat ikan berenang membuatkan kita hilang tekanan dan keresahan. Sifat ikan itu sendiri yang berenang lembut disokong pergerakan rumpair yang melambai serta bunyi buih air merupakan melodi yang mampu buat hati tenang dan melupakan masalah seketika. Hal ini ditambah lagi berkesannya dengan melihat ikan yang berwarna warni yang kilauannya sebagai hiburan hati yang muram.

Akhir sekali sesuatu yang percuma pencipta beri kepada kita ialah dedaun. Pernahkah anda melihat daun ditiup angin? Sekiranya anda fokus dan melihat daun di pokok ditiup angin dan melambai-lambai serta mengeluarkan bunyi desiran itu mampu sayukan hati dan membuatkan hati membayangkan keredupan dan kedamaian. Mungkin sekiranya anda tertekan atau serabut cubalah mendekatkan diri pada keindahan maha pencipta.




No comments:
Post a Comment