Thursday 9 February 2012


Berikut beberapa tips untuk korang:
  • Mulakan dengan niat. Sentiasa yakin dan percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah dan pemberi rezeki itu juga adalah Allah. Manusia cuma perantara sahaja.
  • Bangun awal pagi. Ramai di antara kita, terutamanya yang masih belajar bangun apabila matahari dah meninggi. Ini walaupun tak nampak kesanya secara menerus, namun jangka masa panjang memberi kesan.
  • Amalkan baca Yassin dan Al Mathurat selepas solat subuh. Ni kadang-kadang aku pun miss juga. Tapi boleh cuba apabila kesempatan.
  • Sentiasa amalkan 3 surah tidak kira waktu. Surah Al Mukmin, Al Waqiah dan Al Mulk. Surah Al Waqiah tu memang mujarab. Aku baca hari ini, lusa ada jer duit masuk. Korang try la tapi perlu juga ada usaha.
  • Setiap ayat Al Quran itu terkandung banyak rahsia. Hanya korang sahaja perlu bijak menggunakannya. Ko nak ngorat awek guna ayat Quran pun boleh. Boleh di jadikan macam ayat pengasih.
  • Amalkan memberi atau sedekah. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita akan dapat. Setiap 1 kebaikan kita, akan di balas dengan 100 kebaikan. Tak caya, korang pergi bagi duit korang kat orang-orang memerlukan.
  • Berniat ketika sedekah, bahawa kita ingin mendapat rezeki berlipat ganda dari pemberian kita. Ini orang kata tak ikhlas la sedekah itu. Tapi perlu ingat, kita meminta pada Allah. Pada siapa lagi kita ingin meminta kalau bukan dia.
  • Memberi ketika susah. Semakin sikit duit dalam poket korang, semakin bersemangat korang bersedekah. Kebanyakkan orang, mementingkan diri sendiri dahulu. Tapi perlu ingat, sedekah ketika susah itu lebih baik dari sedekah ketika senang. Banyak balasannya.
  • Sentiasa senyum kepada orang lain dan ketika susah. Senyuman itu kan sedekah. Dengan senyum anda telah membantu mengurangkan beban orang lain. Tak percaya, senyumlah satu hari tanpa henti. Lihat kesannya.
  • Kalau ada orang datang pada anda dan jual barang, macam jual tisu ke, kerepek ke, pen ke, korang beli jer walaupun korang tak memerlukannya. Ini juga seperti sedekah bahkan korang dapat barang lagi.
  • Jangan takut jika tak cukup rezeki dengan memberi, rezeki itu datangnya dari Allah. Dan ia boleh datang tanpa di sangka-sangka. Yang penting usaha dan tawakkal.
  • Ingat, setiap rezeki anda itu terkandung hak orang lain. Sebab itu dalam Islam adanya zakat. Dengan bersedakah dapat membersihkan harta korang.
  • Jangan hampakan hajat dan permintaan orang lain. Apabila ada orang datang kepada anda dengan membawa satu hajat, cubalah untuk sempurnakannya. Jika anda menghampakan orang lain, Tuhan juga boleh menghampakan anda.
  • Sayangi binatang dan berikan mereka makanan. Elakkan pergi ke tempat-tempat maksiat yang menghidangkan arak. Ini boleh mengurangkan rezeki anda.
1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan ternyata, kalau semua itu ditukar kepada emas, sangat sedap.
2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
·         Hutang stereo RM2000
·         Hutang kad kredit RM5,000
·         Hutang kereta RM50,000
·         Hutang rumah RM100,000
7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG‘ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.
8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda  bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
http://jerungperkasa.com/wp-content/uploads/2011/05/Debt-Relief.jpg
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
Bagi mereka yang masih di alam persekolahan atau di kolej-kolej atau baru sahaja memasuki alam pekerjaan, aku yakin dan percaya kewangan anda masih belum kukuh lagi. Oleh itu, anda perlu mengelak dari melabur di tempat yang berisiko tinggi dan kurang modal. Dan bagi pendapat aku, tempat terbaik untuk memulakan simpanan anda adalah di Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk bumiputera. Aku memilih ASB untuk anda memulakan pelaburan atau simpanan anda adalah kerana berikut:
  • Modal permulaan yang rendah. Serendah RM100 sahaja.
  • Risikonya kurang. Peratusan untuk anda kehilangan wang modal anda amat kecil.
  • Anda boleh buka akaun anda dengan mudah di pejabat pos atau mana-mana bank yang mempunyai perkhidmatan ASB.
  • Dividen tahunan yang agak tinggi. Walaupun masih terdapat banyak lagi simpanan atau pelaburan yang menawarkan dividen lebih tinggi, tapi untuk permulaan ASB adalah yang terbaik.
  • Mudah membeli unit saham yang baru untuk menambah nilai pelaburan dan simpanan anda.
Ya, jika anda ingin mendapatkan kebebasan kewangan anda tiada cara lain untuk menjadi iaitu simpanan! Hanya ini sahaja yang mampu menjamin kestabilan ekonomi anda. Aku juga mempunyai beberapa tips yang wajib anda ikuti untuk meyimpan di ASB ini. Tips ini sewajibnya di ikut untuk memastikan simpanan anda bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya berkurang. Di bawah adalah tips ringkas menyimpan di ASB:
  • Target jumlah simpanan yang anda ingin miliki dan pada usia bilakah anda ingin mempunyai wang tersimpan sebanyak itu. Sebagai contoh, aku memberi sasaran untuk mempunyai RM100, 000 dalam akaun ASB aku pada usia 30 tahun. Aku berusia 20 tahun. Maka aku ada 10 tahun untuk menyimpan. Setelah membuat kira-kira, aku wajib menyimpan RM 834 sebulan. Maka ini jumlah simpanan anda yang perlu dilakukan setiap bulan.
  • Jadikan satu hari pada setiap bulan anda wajib ke pejabat pos untuk masukkan wang simpanan anda. Sebagai contoh, aku jadikan 30 haribulan setiap bulan sebagai hari ASB aku. Maka setiap bulan pada tarikh itu aku wajib pergi ke pejabat pos untuk masukkan ASB. Jadikan ini amalan dan jangan tertinggal.
  • Asingkan wang yang ingin di simpan dari pendapatan anda setiap bulan. Ingat! Menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Sebaik sahaja dapat gaji atau mana-mana keuntungan, segera masukkan kedalam ASB. Jangan berbelanja terlebih  dahulu. Rata-rata orang akan berbelanja dulu dan akhirnya duit gaji habis di tengah bulan. Jadikan amalan, simpan dahulu sebelum belanja dan kalo boleh simpan amaun yang telah disasarkan pada setiap bulan seperti tips diaatas.
http://takafulsmartmedic.files.wordpress.com/2009/07/amanah-saham-bumiputera1.png?w=122&h=119
Aku rasa, sampai disini sahaja tips ringkas Menjadi Kaya dengan Simpanan versi ASB. Sebenarnya, jika anda mempunyai RM100,000 dalam akaun ASB anda, anda akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM6000 – RM8000 setahun. Jika anda mempunyai RM200,000 dalam ASB, anda mempadat dividen tahunan sebanyak RM 16, 000. Jika anda hidup bersederhana, wang dividen ini amat mencukupi untuk anda hidup. Bukan secara mewah tapi untuk hidup semata-mata dengan wang dividen ini sahaja. Oleh itu, anda perlu mula meyimpan sekarang untuk mencapai RM100, 000 pertama anda.
Banyak lagi jenis simpanan dan pelaburan yang telah aku cuba. Jika anda bijak memilih pelaburan dan simpanan anda, sampai satu tahap, anda tidak perlu melakukan sebarang kerja lagi untuk hidup mewah. Anda cuma perlu memanipulasikan pelaburan dan simapanan sahaja. Aku akan kongsikannya pada entry akan datang. Apa pun jenis simpanan anda, jika anda tidak bertindak sekarang, makin lambat untuk anda mencapai kebebasan kewangan.

Senam Kegel Yang Banyak Manfaatnya
by Kesehatan Wanita on Wednesday, April 27, 2011 at 3:50pm
https://fbcdn-photos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/216585_168271083227573_108520302535985_343530_121161_a.jpgSenam kegel adalah senam untuk menguatkan otot panggul yang ditemukan oleh Dr. Kegel. Otot panggul atau otot PC (PuboCoccygeal Muscle) adalah otot yang melekat pada tulang-tulang panggul seperti ayunan dan berperan menggerakkan organ-organ dalam panggul yaitu rahim, kantong kemih, dan usus. Bila Anda menahan dan melepaskan air seni, berarti Anda sedang menggerakkan otot panggul. Cara lain untuk mengetahui otot panggul adalah dengan memasukkan jari Anda yang bersih ke dalam vagina, lalu menekannya. Otot-otot yang ‘mencengkeram’ jari Anda itu adalah otot panggul.

Manfaat Senam Kegel
Kehamilan, persalinan, kegemukan dan batuk berat dapat menjadi beban bagi otot panggul. Bila dasar otot panggul melemah, organ-organ panggul wanita akan melorot dan menonjol keluar lewat vagina. Kondisi tersebut dinamakan prolapsis uterus atau vagina yang seringkali membuat wanita kencing dan buang air tanpa sengaja (Jawa: pecirit). Senam kegel yang teratur dapat mencegah hal tersebut. Selain itu, senam kegel juga bermanfaat untuk:
  • Memudahkan kelahiran bayi tanpa banyak merobek jalan lahir (tanpa atau sedikit ‘jahitan’)
  • Meningkatkan kepuasan seksual (karena lebih kuatnya ‘daya cengkeram’ vagina)
  • Mencegah ambein/wasir
  • Mencegah ‘ngompol kecil’ saat bersin dan batuk
  • Cara Melakukan Senam Kegel
Mulailah dengan mengencangkan otot panggul Anda selama lima detik, kendurkan lima detik, lalu kencangkan lagi. Lakukan 10 kali berturut-turut, tiga kali sehari. Anda bisa melakukannya sambil bekerja di kantor, menonton TV atau membaca majalah. Fokuskan pada bagian otot panggul di sekitar vagina dan anus saja, jangan sampai otot perut, paha atau pantat ikut tertarik. Bernafaslah seperti biasa, jangan menahan nafas.

Bila Anda sudah terbiasa dengan latihan di atas, lakukan pengencangan dan pengendoran otot panggul secepat mungkin 10 sampai 20 kali berturut-turut. Ulangi sampai 10 kali sehari. Anda bisa juga mencoba ‘teknik elevator’. Kencangkan otot panggul, lalu secara bertahap lepaskan seperti lift yang turun dari lantai empat dan berhenti di setiap lantai. Ulangi sampai 10 kali sehari.

Bila Anda melakukan senam kegel secara teratur, dalam waktu 8 hingga 12 minggu Anda sudah dapat merasakan manfaatnya. Lakukanlah sepanjang hidup Anda, tidak sebatas pada saat hamil. Bila rajin melakukan senam kegel sejak muda, maka di saat tua otot panggul Anda tetap kuat. Anda akan terhindar dari mengompol, sulit menahan kencing dan masalah lainnya yang sering dialami para lansia.

 Petua Untuk Tegangkan Perut Mengeleber

1. Ambil 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih   dan 20 titik minyak kayu putih.
2. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengeleber.
3. Sapukan pada perut anda setiap hari ketika masuk tidur.

Hari ini tips sihat saya adalah tentang bagaimana untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Pendek kata, perkara yang memberi anda momentum untuk bekerja atau meneruskan aktiviti harian anda dengan lebih baik. Tips ini datangnya daripada Bill Cullen yang merupakan jutawan epal dari Ireland.
Tips sihatnya mudah sahaja.
1. Mulakan dengan melakukan regangan tangan dan kaki mudah untuk beberapa minit.
2. Kemudiannya, lakukan aktiviti ‘skipping’ untuk 2-3 minit. Kemudiannya, teruskan aktiviti ‘skipping’ anda untuk 8-10 minit. Jika anda tidak mempunyai tali ‘skipping’, anda boleh sahaja membayangkannya.
Tips sihat ini sangat membantu dalam memberi tenaga  dan persedian kepada anda untuk menghadapi aktiviti harian. Tips ini diperolehi daripada buku Bill Cullen yang bertajuk, ‘Golden Apples’.Pelaburan 15-20 minit yang memberi hasil untuk 5-8 jam. Untuk kes saya, walaupun saya tidaklah membuat latihan ‘skipping’ selama 8-10minit, (hanya sekadar 5 minit sahaja)namun ia sangat membantu  dalam memberi semangat unutk menghadapi kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut.
Semoga tips sihat di atas membantu.


No comments:

Post a Comment