3 Surah Amalan Pada Waktu Malam
Sempena menyambut Tahun Baru 1431
Hijrah, saya tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam.
Iaitu berkenaan 3 surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda
membacanya setiap malam. Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al Waqiah.
Ini
kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi ayat-ayat yang mengajak
manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala ciptaan-Nya di
samping sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.
Malah, ia juga mengandungi khabar gembira dan khabar duka mengenai keadaan di syurga mahupun neraka.
Sebenarnya,
membaca setiap surah yang dinyatakan kat atas mempunyai kelebihan
tersendiri. Sebagai contoh, dengan membaca Surah Al Mulk ni dapat
menghindarkan diri anda daripada azab kubur serta akan memperolehi
pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Mengenai Surah Al Waqiah pula, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya"
- Riwayat Al-Baihaqi, dari Abdullah bin Mas'ud
Walaubagaimanapun, kalau anda tak mampu nak membaca kesemuanya sekaligus, memadailah dengan membaca salah satu daripadanya.
Mudah-mudahan,
dengan mengamalkan bacaan 3 surah ini setiap malam bermula tahun baru
ni dapat menambahbaik diri anda dan saya berbanding tahun lepas.
Sekian.
Sekian.

No comments:
Post a Comment