Tuesday 7 February 2012


Posted: 04 Feb 2012 03:03 AM PST

1. Bersihkan kulit wajah anda menggunakan pembersih yang lembut. Guna penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malah ia tidak sesuai untuk kulit wajah. Ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.
2. Sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.
3. Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.
4. Jika kulit anda berminyak, pilih bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih  lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan sponge besar.
5. Tampil dengan make-up tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah.


Posted: 04 Feb 2012 02:54 AM PST

1. Cuci MekapTanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu . Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Bagi mengelakkan kulit anda dari kendur, gunakan kapas muka dan tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan maskara yang kalis air dan eyeliner berbentuk cecair, kerana ia sukar ditanggalkan. Oleh itu anda perlu menggunakan pencuci mata yang sesuai dan juga mengandungi bahan yang dirumus khas kerana bahagian mata adalah bahagian yang paling sensitif. Caranya adalah dengan menekap kapas pada mata dan tarik menghala ke bawah serta ulangi langkah ini sehingga kesan maskara dan eyeliner hilang.
2. Mencuci MukaBasuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu. Sekiranya pencuci muka anda jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secukupnya. Tetapi sekiranya jenis krim, anda boleh terus meletakkan pada wajah dengan membuat 5 dot pada wajah iaitu di bahagian pipi, hidung, dagu dan dahi. Mulakan dengan mencuci bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke atas dan elakkan daripada mengena bahagian sekitar mata.
3. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Cuci muka anda sekurang-kurangnya 5 minit dan setelah habis, cuci tangan anda hingga bersih.



Posted: 04 Feb 2012 02:43 AM PST

Wanita zaman dahulu mengutamakan kecantikan kulit dan rambut. Justeru, mandi lulur sangat digemari. Mungkin kerana mereka kerap berjemur di bendang dan ladang. Kesannya kulit mudah dibakar matahari, menjadi gelap, kering dan bersisik. Lantas mereka rajin menyediakan ramuan mandi lulur, sama ada menggunakan beras tumbuk ataupun rempah-ratus. Ia bertujuan melembut serta menghaluskan kulit. Biasanya, padi yang baru dituai diasingkan secupak dua, dibuang kulit dan direndam berhari-hari. Airnya mesti diganti 2 kali sehari agar tidak busuk. Setelah separuh lembut, ia ditapis dan ditumbuk separuh lumat.
a. Setiap kali sebelum bersiram, beras lumat yang dicampur perahan limau nipis disapu pada seluruh badan. Apabila separuh kering, baru disental untuk mengeluarkan daki degil dan sel mati. Selain berlulur, amalan mandi susu (berendam), juga disukai untuk mencerahkan kulit.

b. Jika ingin kelihatan berseri, sesekali mereka mandi bunga, campurkan 7 jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling digemari untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.
c. Hampas kelapa digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.
d. Ada juga menggunakan beras pulut. Caranya mudah. Goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap,gosok pada bahagian bermasalah. Bagi mengelakkan kulit kering, mereka sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.

e. Bedak sejuk daripada beras juga sangat elok untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.
f. Bagi mengelakkan jerawat atau gatal-gatal, kunyit hidup yang ditumbuk lumat disapu pada seluruh wajah kerana ia mengandungi antiseptik semulajadi. Parutan buah jambu muda juga elok untuk menghilangkan jerawat. Bagi menegangkan kulit muka, putih telur segar (baru bertelur) disapu, manakala pupur parutan lobak dan timun untuk menyegarkan kulit.
g. Pupur kacang hijau dan badam juga kerap digunakan untuk menjaga muka. Gel aloe vera boleh digunakan sebagai pelembap. Bagi menghilangkan parut yang masih baru pada muka, kulit pisang emas (bahagian dalam) disental pada kulit muka ataupun buih daripada kayu api (misalnya kayu getah) disapukan.

 


Posted: 04 Feb 2012 01:20 AM PST

COKLAT PANAS RENDAH LEMAK – Campuran koko di dalam secawan coklat panas boleh memberikan kesan kenyang pada anda dan sesuai diminum ketika bersarapan.
HALIA DAN OREN – Halia berkesan untuk membuang angin dalam badan. Oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik yang boleh membantu penghadaman semasa berdiet.
TEH HERBA – Satu cawan teh herba boleh membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari. Ia sesuai dinikmati pada waktu petang. Teh herba juga boleh membantu anda dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.


Posted: 04 Feb 2012 01:12 AM PST

Selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam dan air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. Sistem perkumuhan dalam badan anda akan bertindak mengeluarkan segala toksid yang tersimpan di dalam badan secepat mungkin. Cuba lakukannya. Anda pasti teruja untuk mengurangkan berat badan secepat mungkin.


Posted: 04 Feb 2012 01:04 AM PST

JENIS RAMBUT:
1. Rambut Kerinting – Jika anda berambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Ini bagi mengelakkan rambut anda putus semasa disikat. Elakkan daripada terlalu kerap menyikat rambut. Nanti ia akan kelihatan lebih leper dan merosakkan keindahan semulajadi rambut anda.
2. Rambut Lurus Yang Tipis – Gunakan sikat yang bergigi jarang. Tujuannya supaya rambut anda nampak mengembang sedikit. Selain itu, gunakan sikat bulat ketika anda blowdry rambut untuk mendapat kesan yang lebih lebat.
3. Rambut Lurus Yang Tebal – Gunakan sikat yang pipih dan bergigi rapat bagi melembutkan rambut. Di samping itu, ia memudahkan anda untuk menggayakan rambut. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan ketebalan rambut yang terlampau lebat.
JENIS SIKAT:
Oval Paddle Brush - Untuk semua jenis rambut, pilih paddle brush berbentuk oval dengan bulu sikat nylon untuk menyisir rambut setiap hari. Kombinasi bulu sikat ini tidak akan  mematahkan rambut ketika disikat.

Hourglass-shaped Round Brush
 - Untuk blow dry, meluruskan, dan mencegah rambut kusut, pilih sikat bulat dengan bentuk seperti jam pasir, yang mengumpulkan rambut ke bahagian tengah sikat. Pilih sikat bulat besar untuk rambut panjang, dan sikat dengan diameter lebih kecil untuk rambut pendek.
Metal/ceramic Barrel Round Brush - Untuk blow dry dan mengikalkan rambut, pilih sikat bulat dari keramik atau metal dalam diameter berbeda-beda, mulai dari kecil sampai dengan besar. Bahagian tengah sikat yang terbuat dari metal atau keramik berfungsi untuk menghasilkan panas, dan bekerja seperti curling iron ketika digunakan dengan semburan panas blow-dryer.

Basic Round Brush
 - Untuk menambahkan volume di bahagian akar rambut, pilih sikat bulat biasa untuk menarik rambut dari kulit kepala. Sikat akar rambut ke atas menjauh dari kulit kepala, sambil mengarahkan blow dryer mengikuti arah sikat.
Square Paddle Brush - Gunakan paddle brush petak yang datar dan lebar untuk meluruskan, menghaluskan, dan mengurai rambut basah setiap hari. Jika rambut anda terlalu kerinting, gunakan dahulu sisir bergigi jarang untuk meluruskannya pertama kali.





Posted: 03 Feb 2012 11:55 PM PST

1. Pakai gincu bibir yang  mengandungi pelembap dan bahan antioksida.
2. Sapukan balm bibir sebelum membersihkan wajah anda sebelum tidur.
3. Hindari sinaran matahari berlebihan. Ia akan mudah mengering atau merosakkan bibir. Sekiranya anda banyak terdedah kepada matahari, pastikan bibir anda tersalut balm bibir yang mengandungi pelindung matahari.
4. Gunakan balm bibir semasa musim dingin atau semasa anda di dalam bilik yang berhawa dingin bagi memastikan kelembutan bibir tetap terpelihara.
5. Bagi mengelakkan bibir mengelupas akibat penggunaan gincu bibir yang kering, sapukan sedikit “Vaselin” sebelum bergincu.
6. Gunakan pelembab bibir sebelum dan selepas berenang atau berjemur.

  

No comments:

Post a Comment