Sunday, 19 February 2012

Pemilhan Sabun Yang Betul Untuk Kulit Cantik

Semua wanita ingin menjadi wanita idaman kepada suami.  Wanita mana  yang tak akan rasa gembira dan berkeyakinan apabila dipuji dirinya cantik, bentuk badan menawan, kulit halus dan lembut. Oleh itu, pemilihan sabun yang betul dan sesuai adalah amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit  kering dan alahan.

Pemilhan Sabun Untuk Kulit Kering untuk mebantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat:
  • Sabun yang mengandungi formula Gliserin
  • Sabun yang mengandungi formula Petroleum
  • Sabun yang mengandungi formula Beeswax
Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang


Jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula berikut:
1. Sabun yang mengandungi formula Sodium Hydroxide & Alkaline: Boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.
2. Sabun yang mengandungi formula  Anti Bacterial Formula: Hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.
3. Sabun yang mengandungi  Lemak Haiwan: Mengakibatkan jerawat.
4. Sabun yang mengandungi PH di atas 7: Meningkatkan kewujudan Propionobacteria – sejenis bakteria penyebab jerawat.


Anda juga perlu memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:
Acne Soap – Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.
Cosmetics Soap atau Bar Cleanser – Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.
Natural Soap – Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.
Deodorant Soap – Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

No comments:

Post a Comment