Cara Membuat Perut Six Pack
Exercise Vs Healthy Diet July 19th, 2010
Memiliki perut Six Pack adalah idaman
ramai lelaki kerana badan akan kelihatan lebih seksi dan bebas dari
lemak degil. ahaha! Bagaimana cara untuk memiliki perut six pack?
Berikut cara membuat perut six pack dari mula sampai advance. Jom masuk!
Bench Crunch
Permulaan: Berbaring, bontot
bahagian bawah menempek di lantai, kedua lengan disilangkan di atas
dada, angkat kedua kaki di atas bangku, paha tegak lurus dengan lantai.
Hembuskan nafas, lalu lengkungkan kepala dan bontot bahagian atas ke
depan dengan bontot ke bawah tetap menempek di lantai. Pastikan posisi
kepala selari dengan bontot. Sila tahan beberapa minit, lalu kembali ke
posisi awal.
Kedua: lakukan gerakan dasar di atas,
kedua telapak tangan di belakang kepala, jari-jari tidak bertautan, siku
menghadap ke depan.
Ketiga : Lakukan gerakan dasar, kedua lengan di belakang kepala, kedua siku dibuka sedikit.
Reverse Curl
Baring, lutut diangkat sehingga paha
berada pada posisi tegak lurus dengan lantai. Lengan diletakkan di sisi
badan, telapak tangan menghadap ke bawah. Perlahan, angkat tulang
panggul beberapa sentimeter, sehingga kedua lutut bergerak ke arah dada.
Kembali ke posisi semula dan ulangi banyak kali.
Kedua : Tambahkan beban ringan di bahagian pergelangan kaki.
* Baring terlentang, lutut diangkat,
bahu melebar. Telapak kaki menempek di atas lantai. Lengan diangkat,
kedua siku dibuka sedikit, tapak tangan di letakkan belakang kepala.
* Hembuskan nafas, angkat bahu dan
pusingkan badan anda ke sisi. Jangan membawa bahu dan siku anda ke depan
serentak. Kembali ke posisi semula.
* Angkat kembali badan anda bahagian
atas, lalu pusing ke arah yang berbeza. Lakukan berselang-seling. Satu
putaran pada kedua sisi dikira 1 pusingan.
* Tip: Tarik perut anda ke dalam
iaitu dengan mengangkat badan bahagian atas dan tahan kepala pada posisi
nuetral sehingga dagu anda tidak menekan ke dada.

* Baring terlentang, kedua kaki diangkat hingga telapak kaki berada di udara, kedua lutut diangkat sedikit.
* Telapak tangan di belakang kepala, kedua siku dibukakan sedikit.
* Angkat kepala, bahu, dan bontot
bahagian atas ke arah depan. Pada waktu yang sama, angkat pula pinggul
untuk menolak kedua lutut ke arah dada.
* Sila tahan untuk beberapa minit,
pusingkan bahu dan siku ke arah lutut yang berlainan. Kembali ke posisi
semula, ulangi sehingga 20 kali.
* Baring terlentang, lutut ke kiri
diangkat, telapak tangan menempek di lantai. Tempatkan pergelangan kaki
kanan anda di atas lutut kaki kiri.
* Tangan kanan sedikit di bawah lutut kanan, siku tangan sedikit ke atas.
Tangan kiri di belakang kepala, siku menghadap ke hadapan.
* Hembuskan nafas sambil mengangkat
kepala, bahu dan badan diluruskan ke hadapan. Pada posisi menegak, tolak
siku kiri ke bawah lengan kanan, mengarah ke paha kanan.
* Kembali ke posisi awal dan ulangi beberapa kali. Selepas itu, posisi kaki dan tangan ditukar dan diulangi beberapa kali.

* Baring terlentang, kedua lengan menempek di lantai serta diluruskan ke sisi badan dengan telapak tangan menghadap ke bawah.
* Luruskan kedua kaki ke atas dengan pinggul, dengan lutut diangkat mengarah ke dada.
* Angkat pinggul hingga beberapa sentimeter dari lantai lalu luruskan kaki.
* Kembali ke posisi semula dengan mengangkat kembali kedua lutut anda.
Jangan biarkan kaki jatuh ke bawah melebihi 45 darjah antara paha dan pinggul. Ulangi beberapa kali.
* Untuk lebih efektif, tambahkan beban pada pergelangan kaki mengikut kemampuan.




No comments:
Post a Comment