Tuesday 7 February 2012


Posted: 13 Jan 2012 10:30 PM PST
Apa itu Cache Memory? | Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan.
Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya.
Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.
Melayukini.net - Kalau laptop/komputer anda terasa seperti lambat, ataupun browser Internet seperti lambat loading, dinasihatkan supaya anda melakukan proses clear cookies cache memory.
Sumber: Rahsia Siber | Koleksi Komputer Melayukini.net

No comments:

Post a Comment