Sunday 15 January 2012

Rahsia Serai


Rahsia Serai

Serai termasuk dalam golongan tumbuhan rempah di kalangan masyarakat Melayu, kerana ia digunakan secara meluas dalam masakan. Serai mudah ditanam dan tumbuh berumpun. Bahagian yang digunakan adalah bahagian pangkalnya. Baunya yang harum menyebabkan sesuatu masakan itu terasa lebih sedap. Dalam masyarakat Melayu, serai juga mempunyai fungsi dalam amalan perubatan tradisional.
http://wanitasihat.com/wp-content/uploads/2011/12/serai-450x337.jpg
Rahsia Serai
1. Sesak Nafas
http://wanitasihat.com/wp-content/uploads/2011/12/Asthma_attack_M1090368-250x450.jpg
Rahsia Serai
Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya  masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.
2. Memutihkan Gigi
http://wanitasihat.com/wp-content/uploads/2011/12/home-tooth-whitening.jpg
Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.
3. Melegakan Pening dan Lesu
http://wanitasihat.com/wp-content/uploads/2011/12/SakitKepala.jpg
Rahsia Serai
Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.


No comments:

Post a Comment