1. Minum
Banyak Air. Elakkan minuman
bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air
suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang
toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori
dalam badan.
2. Bersenam
Selalu. Ia baik untuk jasmani dan
rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang
mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda
untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran
darah.
3. Jangan
Merokok. Merokok merosakkan kulit
dan juga menjejaskan kesihatan.
4.
Cukup Tidur. Jangan selalu
berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata
lebam.
5. Kulit
Perlu Rehat. Pastikan kulit
anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan
biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka
anda.
6.
Makan Jangan Berlebihan. Anda
perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti
sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi
pastikan ia menu sihat.
7. Buat
Facial. Luangkan masa untuk
memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna
dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun.
Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari
pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga
dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan
Stress. Stress mempercepatkan
proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa
Selalu. Ketawa adalah penghibur
duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan
memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di
muka.
No comments:
Post a Comment