1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah
salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100
kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,
orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa
meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang
positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok
belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu
malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci
otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
14. Berkawan dengan orang baik-baik
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan
sebagainya), jangan dengar orang mengumpat. ?
No comments:
Post a Comment