Tuesday 31 January 2012

Mengajar Anak Mengeja Dengan Kaedah Whole Word

by MOMMY LYNA on SEPTEMBER 19, 2010 · 1 COMMENT
Nuffnang Ads
Langgan RSS Feed Blog ini sekarang agar anda tak terlepas tips-tips menarik lagi menguntungkan. Jika tidak, pasti anda kecewa kelak.
Sebenarnya saya tidak berapa yakin yang kaedah whole word (mengajar anak membaca dengan mengenal dan mengecam perkataan berbanding mengeja satu persatu) boleh menjadikan anak saya mengeja, kerana pada pandangan saya mereka akan lebih cepat mengenal perkataan daripada bunyi hurufnya.
Tapi dua tiga hari kebelakangan ini, Hafiy membuktikan bahawa telahan saya salah. Dia bukannya mengenal perkataan sebaliknya memang mengeja perkataan-perkataan tersebut.
Abiy telah memberikan kerepek kentang perisa cili dan berkata “Hafiy, ini potato”. Akan tetapi anak kami tersilap dengar as ‘tomato’ instead of ‘potato’. Kemudian dia membetulkan “No Abiy, ini bukan rasa tomato, ini C.H.I.L.L.I, chilli”. katanya sambil mengeja tulisan di plastik kerepek itu.
Walaupun kadang-kadang terbabas, maklumlah sekarang saya jarang dapat spend masa berkualiti dengan anak-anak, tapi saya cukup gembira (syukur ilallah, segala puji bagi-Nya yang memberi segala petunjuk kepada kita yang buta) dengan perkembangan yang 2-3 kerat ni. OK la daripada tiada langsung :)
Kadang2 sambil berjalan sempat dia mengeja beberapa papan tanda yang ada, walaupun kadang2 main hentam saja. E.S.S.O  = Oso (?) H.O.R.S.E = house :)
Isn’t that amazing? Amazing for me lah sebab saya sangkakan selama ni dia cuma menghafal perkataan saja.
Kemudian bila si Qarissa dapat membaca perkataan YATI as YETI (slang ko!), oh memang mereka tahu mengeja, dan bukan mengecam perkataan semata2! T_T terharu terharu.
Saya berkongsi ni sebab excited kerana apa yang saya praktikkan nampaknya tidaklah menjadikan anak saya seorang robot yang mengikut sistem yang ditetapkan. Otak anak-anak di bawah usia 6 tahun memang sangat pesat berkembang, sayang jika kita tidak gunakan masa ini dengan sebaik2nya. Seorang teman baik saya pernah berkata yang dia nak tukar otak dengan anaknya yang umur 2tahun, masa tu saya rasa “What a ridiculous” tapi hari ni saya rasa nak tukar otak dengan anak saya T_T.
Seronok bila bertemu teman2 yang sama sekepala :)

No comments:

Post a Comment