Khasiat Bawang Putih Yang Tersendiri
Bawang putih bukan sekadar penyedap
masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya
telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan
tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan
Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari
untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.
Kegunaan bawang putih yang lain:

Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang
bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan.
Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang
putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian
surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan
selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
- Membuang angin
- Menambah dan mengawal selera makan
- Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
- Merawat batuk dan batuk kering
- Merawat selesema
- Merawat sakit telinga
- Menghalau serangga
- Merawat bisul dengan menuamnya
Nota: Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan khasiat bawang putih!
No comments:
Post a Comment