Tuesday 17 January 2012


Kenapa kita tak boleh jadi kaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terbaca artikel di Harian Metro mengenai Apek (Khairul Fahmi Che Mat) yang bakal menjadi jutawan menimbulkan sedikit perasaan cemburu. Tapi itu rezeki masing-masing kan. Bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap tu.

Image Hosting
Berbalik kepada tajuk diatas, siapa yang tak nak kayakan? Bila kaya banyak duit memang menjadi angan-angan ramai. Mungkin juga ada antara kita yang juga sering mengidamkan untuk mempunyai wang berjuta-juta, aset bersepah-sepah dengan hidup yang tanpa perlu diasak oleh orang-orang atasan (eh.. cam terasa je…heheeh). Sambil tu boleh membantu orang-orang susah dengan menderma dalam kuantiti yang banyak. Almaklumlah sekarang ni tak berapa nak banyak duit, derma pun sikit-sikit je.. HUhuhuhuhu..
Tapi nak jadi kaya bukan mudah. Tak ramai yang mampu mencapai ke status tersebut. Mungkin antara sebab kenapa kita tak boleh jadi kaya adalah sebab berikut :-
1. Malas. Ye lah. Kalau duduk rumah melepak tengok tv lepas tu tidur je keje. Camne nak jadi kayap. Ini bukan jadi kaya tapi boleh dapat kayap kat seluruh badan…. Tapi memang ramai yang bercita-cita nak kaya tapi tak berbuat apa-apa. Memang tak dapat le nak jadi kaya. Ingat duit tu datang dari langit ke?
2. Nak kaya cara senang je. Itu yang ramai terpedaya dengan skim cepat kaya tu. Ye lah nak kaya dalam masa singkat tanpa berusaha. Itu belum kira lagi yang masuk skim cepat kaya yang sah dari segi undang-undang. Ramai juga yang masuk skim tu tapi tak kaya-kaya walaupun bertahun-tahun menyimpan..
3. Makan gaji. Kalau gaji sebulan RM10K ke atas mungkin lah boleh menikmati nilai kaya tapi kalau gaji setakat di bawah RM3,000 belumlah boleh jadi kaya lebih-lebih yang kerja di bandar-bandar besar. Bayang hutang je pun dah separuh dari gaji. Camne nak perasan jadi kaya camtu…
4. Berangan je lebih. Tindakannya takde. Ye la ramai yang asyik berangan dan berfikir camne cara nak kaya tapi asyik fikir je usaha tak jalan pun tak guna gak (eh.. apsal terasa pedas ayat ni.. ).
5. Takut ambil risiko. Memang ramai manusia berjaya yang gila. Gila mengambil risiko yang mempunyai kadar peratusan gagal yang tinggi. Tengoklah camne Mark Zuckenberg yang berani berhenti dari pengajian semata-mata untuk mengembangkan Facebook. Ooo ye, begitu juga dengan adik Adly Mukhtar dengan syarikat Flarebiz yang sanggup menumpukan perhatian perniagaan dari menyambung pelajaran (mungkin dia ada ambil pengajian luar kampus kot..). Tapi keberanian mereka mengambil risiko tanpa mempedulikan pandangan sempit orang lain membolehkan mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
6. Terlalu banyak nak buat sampai tak fokus. Ini antara penyebab tak boleh nak menjana pendapatan sebab terlalu ghairah nak buat sesuatu. Pantang nampak orang berjaya je nak ikut. Lepas tu gagal berhenti dan ikut benda baru yang nampak (ada rasa sikit ni..). Kalau fokus pada satu cara mungkin boleh menjadi pakar sekaligus peluang menambah pendapatan itu lebih tinggi.. Tak gitu?
7. Tak yakin pada apa yang dibuat. Memang bila diganggu, tahap keyakinan terhadap apa yang dilakukan berkurangan sekaligus menjatuhkan peluang pendapatan bertambah. Kena yakin atas apa yang dibuat bagi memastikan peluang semakin bertambah.
8. Sudah tertulis bahawa kita tak boleh jadi kaya. Ini adalah suratan takdir kalau kita telah berusaha sehabis baik namun tidak juga menjadi kaya. Mungkin hidup sebagai manusia yang tidak kaya adalah yang terbaik untuk kita.
Okay cukuplah setakat ini. Rasanya ada banyak lagi sebab kenapa kita tak boleh jadi kaya. Anda tambahlah kalau sudi..

No comments:

Post a Comment