Friday 27 January 2012

Habbatus Sauda

Habbatus Sauda sebagai ubat bagi semua penyakit

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam Arab adalah biji sejenis tumbuhan yang tumbuh di Asia Tengah. Nama saintifiknya ialah Nigela Sativa.

 
 
 
 Minyak habbatus sauda dalam bentuk pil Bunga habbatus sauda Biji habbatus sauda


Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Nabi kita telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nabi.

Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.

Fungsi-fungsi Habbatus Sauda


1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.

Sebenarnya dari hadith nabi di atas, kita difahamkan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.

Cara Pengambilan Habbatus Sauda

Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g minyak habbatus sauda.

Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.

Habbatus sauda dalam bentuk bijian tidak kurang juga pentingnya. Ia juga mengandungi banyak khasiat. Saya syorkan saudara juga makan sekurang-kurangnya satu sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.

Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.

Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.

Kos yang rendah untuk menyembuhkan penyakit

Pengambilan minyak habbatus sauda di dalam diet saudara adalah langkah kesihatan yang paling bijak. Ia adalah "value for money". Ia adalah suplemen yang amat murah berbanding dengan kemujarabannya. Kos untuk mencegah penyakit dan mendapatkan kesihatan yang optimum ialah dari 42-84 sen sehari atau RM12.60 sehingga RM25.20 sebulan.

Untuk merawat penyakit, saudara hanya perlu berbelanja sebanyak dari RM75.60 hingga RM151.20. Apa yang menyeronokkan ialah nabi jamin habbatus sauda sebagai ubat dan penawar. Tapi ingat, dia tak jamin kesembuhan kerana kesembuhan itu datangnya dari Allah. Tapi dalam banyak hal, melalui pengalaman, bila kita makan Habbatus Sauda, kita akan bertambah sihat.

No comments:

Post a Comment