Umum
May 20th 2009 | Posted by kanda
1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.
2) Ketika haid,wanita dinasihatkan
kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini
kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi
wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.
3) Seluar dalam perlu ditukar setiap
hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty
liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan
ketidakselesaan.
4) Elakkan dari menggunakan sabun
atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka n
kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita
sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.
5) Pasangan suami isteri diggalakkan
membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin
untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang
setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risiko jangkitan
kuman pada pundi kencing.
6) Elakkan dari sering mengamalkan
douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan
dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan
menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping
mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang
boleh mengakibatkan iritasi kulit.
7) Selain dari itu,bengkak nanah
dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta
demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan
nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita
yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu
dititikberatkan.
9) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak
memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya
langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya
perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak
normal.
10) Seelok-eloknya wanita yang
mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk
mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya
rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.
11) Tanda-tanda keputihan yang
berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan
atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak,
berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau
sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim
atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah
abdomen serta demam.
12) Segelintir wanita berasa selesa
dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk
yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci
yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan
telah diuji kebersihannya.
No comments:
Post a Comment