Dalam entri kali ni saya nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.
So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :
Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan yang bulat dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allah lah yang Maha Penyembuh.Rawatan Untuk Kurangkan Sakit Kepala
* Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
2. Baca Ayatul Kursi (3x)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Baca Surah Al-Falaq (1x)
5. Baca Surah An-Nas (1x)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3x)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3x)
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment