Posted: 01 Jan 2012 10:30 PM PST
Perisian TeraCopy Salin Fail Dengan Mudah & Cepat | Zaman sekarang ni penggunaan komputer
adalah satu keperluan yang cukup mendesak. Tidak kisah la kita ni
seorang pekerja ke, pelajar ke. Hatta seorang perdana menteri pun guna
komputer. Bercakap tentang komputer ni, saya nak kongsi satu software
yang sangat berguna untuk kerja-kerja memindahkan fail atau dengan kata
lain Copy N Paste. Software ini sangat bagus
sebab ia mempercepatkan proses permindahan sesuatu fail yang bersaiz
agak besar contoh 100MB dalam masa yang sangat singkat iaitu kira-kira
10 saat je ( ini saya punya eksperimen la..hehe).
Maklumla sekarang ni penggunaan fail bersaiz mega menjadi kebiasan. Fail muzik contohnya cukup besar dan mencecah berpuluh-puluh MB (megabit) untuk beberapa buah lagu. Itu tak termasuk fail video yang rata-rata bersaiz ratusan MB dan ada yang sampai tahap GB (gigabit). Menjadi masalah apabila kita ingin memindahkan fail ini dari satu lokasi ke lokasi yang lain, contohnya ke pemacu pendrive (ala pemacu USB tu..). Fail yang besar akan memakan masa yang agak lama untuk dipindahkan.
Jadi, di sinilah gunanya software TeraCopy untuk mempercepatkan proses permindahan tersebut. Selain tu, antara fungsi yang ada pada TeraCopy ini adalah seperti:
- Pause dan resume pemindahan fail. Pause proses permindahan untuk sementara waktu untuk mengosongkan ruang simpanan yang ada.
- Senarai Fail yang Interaktif. TeraCopy menunjukkan fail yang gagal diproses untuk tindakan selanjutnya.
- Full Unicode support.
- Windows 7 x64 support dan banyak lagi..
Melayukini.net - Sekarang dengan TeraCopy,
anda dapat jimatkan masa dan tidak pening kepala lagi untuk
memindahkan fail bersaiz mega. Dapatkan software TeraCopy di sini : TeraCopy
Sumber: Rahsia Siber | Koleksi Komputer Melayukini.net
Posted: 01 Jan 2012 08:30 PM PST
Tips Petua Menjadikan Rambut Cantik, Sihat dan Menawan
| Jika kita seorang wanita adakah kita sanggup membiarkan rambut rosak
dan tidak terurus? Pasti kita akan beras amat kecewa jika ia benar-benar
terjadi bukan? Rambut amat penting bagi seseorang wanita kerana ia
mampu mempengaruhi penampilan seseorang.
Menurut Olivia Lee, Pengurus Produk kecantikan L’oreal Paris,
setiap individu mempunyai rambut yang berlainan jenis. Antaranya,
rambut kering, berminyak, kusut dan mengerbang. Setiap wanita haruslah
mengenali jenis rambut yang mereka miliki.
Secara asasnya, untuk mendapatkan rambut
sihat seperti yang kebanyakan wanita idamkan, pengambilan makanan
tambahan adalah amat disarankan oleh kebanyakkan pakar. Dengan kata
lain, rambut juga memerlukan makanan untuk tumbuh dengan sihat. Untuk
mendapatkan rambut sihat ia memerlukan:
1. Air
1/4
berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air secukupnya untuk
menjaga kelembapan rambut anda. Selain dapat mengelak dari berlaku
‘dehidration’, meminum air secukupnya akan membuatkan rambut anda
menjadi lembut dan berkilau.
2. Vitamin dan Mineral
Sumber vitamin dan mineral seperti
vitamin A, B, C, dan zat besi amat baik untuk rambut. Vitamin A akan
menjaga kulit rambut. Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan
peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa
oksigen yang secukupnya untuk rambut.
3. Protein
Protein akan membuatkan rambut tumbuh
dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut
lebih kuat. Protein boleh didapati dari pelbagai sumber. Tetapi protein
yang baik adalah dari sumber kacang soya yang organik. Pengambilan
protein yang cukup dapat mengelakkan hujung rambut dari bercabang.
Melayukini.net –
Rambut dan wanita memang sukar dipisahkan. Sebab itu jugalah ramai yang
menyatakan rambut itu umpama mahkota bagi seorang wanita. Ramai wanita
yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk membelai dan
memanjakan rambut mereka.
Sumber: Blog Kesihatan | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
No comments:
Post a Comment