Panduan Menceriakan Diri Ke Pejabat
107
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Pagi
tadi Suri jadi mam besar duduk bahagian belakang tempat memandu kereta.
Ek, tempat duduk hadapan tak boleh bukak gara-gara pinnya tersekat..
Nampak gayanya duduk belakanglah jawabnya.. apalagi untuk memecahkan
kebosanan pagi Suri pun melayan lirik ini sorang-sorang kat belakang..
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Gerakkan keretaku
Blogku telah menunggu
Ayuh lari uh..
Haaaa….a…a…a…
Kudaku lari gagah berani
Harini hari selasa aku mahu berkerja.. a…a…a..
~Lalu dengan tidak semena-mena dia pun ikut menyanyilah sekali ar ngheee…
Agak lama tuan punya blog ini bercuti
sekali dengan blog-blognya turut menfollow we..we..we.. Biasalah bila
cuti telah mejamah diri membuatkan kita nak gerak ke tempat kerja akan
membuatkan seluruh urat sendi kita terasa longgar sekali.
Hurm, bukan kerana kekurangan zat kalsium dalam tubuh tapi kemalasan telah bersarang di relung hati membuatkan langkah kita semakin longlai dan tidak bermaya untuk ke tempat kerja. ce.. citer pasal harini gaji masyuk men’sure’ punya akan nampak senyum sampai ke telinga
.
Berikut Suri sediakan panduan menceriakan
diri anda semasa ingin ke tempat kerja. Berharap lepas ini mood sahabat
semua akan kembali segar ibarat bunga kembang pagi
. Apalagi jomlah kita baca sama-sama
.
- Langkah kaki kanan untuk keluar rumah. Perbanyakkan selawat dan semat dalam hati kita berkerja mencari rezeki demi anak-anak, keluarag dan tanggungjawab. Insyallah kerja yang bakal kita lakukan seharian akan mendapat berkat dariNYA. Insyallah rezeki itu akan sentiasa berpihak pada kita.
- Tergesa-gesa ke pejabat jangan lupa pastikan hari pertama berkerja (hari isnin) kita memakai pakaian yang boleh membuatkan kita berasa bersemangat untuk ke tempat berkerja. Pakailah pakaian yang bersederhana tapi kemas dan sedap mata yang memandang. Jangan memakai pakaian yang kurang menyerlahkan keyakinan diri kerana ia akan membuatkan semangat anda berkerja akan menjadi malas atau kurang fokus pada kerja yang bakal di jalankan kelak.
- Selain beristifar, berselawat dalam kereta, dalam bas dalam train apa kata anda menghadiahkan senyuman anda kepada rakan sepejabat. Kata Suri dengan senyumlah orang akan mudah rapat dengan kita, pagi -pagi senyum itu merupakan satu sedekah yang membuatkan orang yang memandangnya berasa senang hati.
- Sering bosan dengan nyanyian di
radio apa kata sahabat menyanyi mengikut lirik lagu sendiri. Em..hujung
lirik kali ini biarlah lengkok sikit bagi ayat tu nampak menarik kita
tukarkan seni kata lagu itu mengikut apa yang terlintas di fikiran kita. Pasti ia akan membutakan pagi sahabat akan terasa lucu. Tak percaya buatlah..
Sesekali skema bosan juga
.
- Cuba imbaskan kembali saat-saat percutian anda bersama anak-anak, keluarga di kampung, semasa majlis kenduri kawin, perkelahan pasti dalam banyak -banyak peristiwa yang dilalui akan ada satu dua kisah yang bisa membuatkan kalian tertawa sendiri. Bahkan mungkin akan ada cerita yang ingn anda sampaikan pada suami atau isteri yang hendak anda perjelaskan sehingga menyebabkan kejadian lucu sehingga ia mampu membuatkan anda dan yang lain tertawa tanpa henti
Cara Terbaik Hilangkan Tension Di Pejabat
Kerja di pejabat semakin banyak memaksa Suri meninggalkan blog untuk seketika waktu.. Bukan tidak mahu menyinggah di teratak teman tapi keaadan memaksa Suri berbuat demikian huu…
Senang cerita harini punya kerja boleh buat Suri jadi kartun .. Erk..kartun..ha cam tulah gamaknya. Tak menang tangan di buatnya
Secara tiba-tiba tercetus pula fenomena entri seperti di atas. Kali ni tidak mahu jadi budak skema hee.. mahu jadi budak jahat pulak. Rasanya jika skema jer bosan juga. Sesekali begau kata orang Melakau apalah salahnya.. Ini antara sebahagian dari tingkahlaku kebagauan yang terserlah..
- Jika rasa-rasa teringin nak buat gelang tangan lain dari yang lain
apa kata gunakan sahaja paper clips sebagai ganti gelang tangan trend
2011
. Mesti orang yang melihatnya akan toleh sekali lagi
.
- Gigit papan keyboard. Asyik pegang dan guna sahaja. Kenapa tidak kita makan dan rasa keenakanany pula
- Keluar masukkan ink dalam printer berulang-ulang kali. Sampai printer tu jem. Jika rosak mu tanggung sendiri ha..
- Mana-mana yang ada kertas A4 tersalah print huruf tu apa kata bahagian belakang kerats yang kosong itu anda print sekali
. Jika bos cakap kamu buat apa? saya buat kerja part time bos.. nghee…
- Pen pun banyak. Apa kata kita buat aktiviti senaman jari dengan cara memusingkan-musingkan pen tersebut dalam bentuk bulatan. Silap haribulan dengan pen-pen sekli terbabas di muka bos..
- Ada pensil, ada bakat apa kata lukiskan sahaja bentuk petak-petak untuk bermain teng-teng bermai-ramai
. Mesti syiok punya.
- Gunakan tali telefon juga sebagai tali skeping heee..
- Main sorok-sorak di balik almari / fail pejabat
- Setiap pejabat mesti ada stamp pad dan cop alamat sekali. Apa kata lekapkan cop tu di stamp pad dan kemudian tekapkan ia di setiap dinding pejabat