Medical Card
Medical Card merupakan
satu medium dimana membolehkan anda mendapatkan rawatan terbaik di
hospital swasta selain di Hospital Kerajaan. akan membantu menyelesaikan
bil sospital anda yang besar. Tahukah anda masih ramai rakyat Malaysia
masih tidak memiliki medical card dan ramai yang berhutang Kad
Kredit dan pinjaman peribadi untuk jelaskan kos perubatan hospital
swasta yang tinggi? Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi
faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank
untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini
menjadi punca utama kegagalan menguruskan pinjaman. AKPK, badan yang
menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361
individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi
ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar
kemampuan.
Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal
Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program
Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung
mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik
di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia
membabitkan kos besar.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang bijak merancang kewangan pasti menyedari tentang keperluan memiliki medical card adalah seperti memiliki Insurans Kenderaan Motor serta MRTA bagi pinjaman perumahan. Anda tidak perlukan medical card
sekiranya anda telah mempunyai wang melebihi 100 juta, kerana wang
tersebut sudah cukup untuk menyara kos perubatan anda sekiranya perlu.
Jadi, apa fungsi Medical Card?
Fungsi adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card,
anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat.
Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @
KWSP, Akaun orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.
Apa yang patut anda ketahui sebelum mempertimbangkan untuk memiliki Medical Card?
a. Had Bilik & Penginapan Hospital–
Anda perlu tentukan kos bilik Hospital di kawasan anda. Boleh cek di
laman web hospital, berapakah kos harga untuk Room and Board Single
Room, Double and Triple. Jadi anda tentukan samada anda ingin memilih
pelan untuk Room and Board 100, 200, 300, 500 atau lebih lagi.
b. Co-Payment Takaful . Ada syarikat
yang mempunyai co-insurans atau co-takaful sebanyak 10% limit kepada
RM500 atau RM1000. Ada juga yang tiada co-takaful langsung. Namun
pastinya underwriter Takaful telah bijak menyusun strategi, kalau tiada
co-takaful, mereka akan lebihkan kepada caj Tabarru’, kurangkan limit
tahunan , kos rawatan sususal cancer serta hemodialisis dan sebagainya.
Jadi, Anda tentukan sendiri selepas berbincang dengan agent takaful,
mana lebih baik untuk anda.
c. Had Tahunan dan had seumur hidup adalah salah satu factor yang
patut anda pertimbangkan untuk menentukan medical card terbaik untuk
anda dan keluarga.
d. Had Umur. Maksud saya di sini adlah
tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum
70 tahun, 80 tahun, 85 tahun, 99 tahun. Bukanlah bermakna mengambil had
umur sehingga 99 yang terbaik, kerana makin berusia, makin meningkat kos
perubatan. Jadi, anda boleh memilih pelan yang secara logiknya
berapakah average jangka hayat rakyat Malaysia. Saya sarankan pelan
sehingga umur 80 tahun sudah mencukupi.
e. Kos Rawatatan Kanser Pesakit Luar
serta Kos Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar. Ada syarikat yang
mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada had tahunan, contohnya
dengan mengehadkan kos dialysis sehingga RM30,000 saja. Jadi, Klaus ini
tersangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang
perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk dialysis.
Sebenarnya banyak lagi perbandingan untuk medical card, anda pastinya
boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perbandingan terperinci
daripada Agent Takaful yang mesra dan peramah (ehem..ehem..seperti saya
laa…)Adakah Masih Sempat Untuk Mengambil Plan Ini Pada Umur 55 @ Selepas Pencen?
Ini Adalah Soalan Biasa Yang Saya Dengar Dari Orang Ramai kerana majikan telah menyediakan medical card sebagai salah satu kemudahan untuk pekerja. Tetapi perlu diingatkan Premium atau jumlah bayaran bulanan akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Sekiranya anda mampu membayar medical
card yang mahal sekalipun, permohonan medical card anda akan ditolak
kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit. Anda mungkin
bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP dam ingin
menggunakan dana tersebut untuk membeli medical card, tetapi tiada
gunanya lagi kerana kemungkinan anda telah menghidapi penyakit sewaktu
usia begitu adalah tinggi. Jadi, tiada pilihan lain dan anda terpaksa
menggunakan dana persaraan daripada KWSP untuk membayar kos rawatan
hospital yang makin lama makin melambung.
*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat
Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk
memiliki insurans nyawa dan kad perubatan @ medical card. Jika mereka
sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti
diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh mana-mana Syarikat Takaful
atau Insurans. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana
mereka sedang membayar sebanyak RM30,000 setahun untuk bil perubatan
hospital mereka.
Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak
ambil kad perubatan @ medical card? Mereka menjawab “Selama ini, bil
klinikal, bil pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya
bekerja. Rawatan diabetis saya RM50,000 pun dibayar oleh syarikat”
Tetapi apabila bersara, syarikat sudah
tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih
diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar. Tiada mana-mana
syarikat insurans pun akan melindungi anda lagi.
Dan yang paling penting kita perlu ingat
adakan kita boleh guarantee kita akan bekerja selama-lamanya di
syarikat tersebut dan juga adakan performance syarikat akan bertahan
sampai bila-bila? Sekiranya syarikat ada masalah kewangan perkara
pertama yang akan ditarik balik tentulah manfaat yang diberikan kepada
pekerja.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat
membantu anda untuk memilih yang sesuai untuk keperluan anda dan
keluarga. Saya amat berharap perkongsian ini dapat member manfaaat, dan
saya amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik
secara percuma untuk anda bagi membuat keputusan untuk memilih yang
memenuhi keperluan anda dan keluarga. InsyaAllah.
Untuk maklumat lanjut mengenai medical card, anda boleh layari blog Rahsia Kewangan http://rahsiakewangan.com/medical-card/ , atau hubungi saya Humaizi, 0193726080
No comments:
Post a Comment