Hubungan Kelamin
January 14th 2010 | Posted by dinda
Senikmat manapun seks itu,
ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan
rutin yang “itu-itu saja”. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu
melayani suami.
Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa
sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat
masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh
menyebabkan acara seks tertunda.
Oleh itu suami haruslah pandai-pandai
menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks.
Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya
timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang
kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.
1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama
membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin
boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti
seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat
mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi
masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat “hot” adalah
anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus
meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda
menjaga suasana seks tetap segar.
2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu
apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim.
Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini
lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat
dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang
akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri
semakin berghairah dan teruja.
3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks
tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan
isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan
seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap
dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali
aktiviti seks harus ada.
4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan
ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang
disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai
contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja
asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.
5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari
suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya
tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai
atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang
atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan
pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.
6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama
mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu
kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah
posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan
hubungan berlangsung dengan sendirinya.
7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus
“menerkam” isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah
tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari
isteri untuk betcinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan
lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk
bersama.
Punca kebosanan wanita di ranjang sudah
diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak
perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi
apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak
terduga.
No comments:
Post a Comment