Posted: 18 Feb 2012 05:30 AM PST
SEKIRANYA
anda seorang blogger, pasti sedia maklum peri pentingnya menjadikan
blog seringan mungkin. Bahkan kalau boleh biarlah blog itu mampu loading
sama pantas dengan kilat.
Kepantasan loading blog pada hari ini
memainkan peranan yang penting di dalam search rank dan pemasaran blog
itu sendiri. Sekiranya ada yang belum faham kepentingannya, terutama
kepada mereka yang baharu memiliki blog. Ini adalah antara sebabnya:
a. Google memasukkan kepantasan loading
sebagai metrik penting di dalam algoritma penentuan ranking. Sekiranya
mahu blog di kedudukan yang baik dalam keputusan carian, anda mesti
memastikan blog lebih pantas daripada orang lain.
b. Kepantasan loding juga meningkatkan
kualiti dan pengalaman pembaca blog. Memiliki blog yang menarik tidak
menjanjikan pengalaman pembacaan yang seronok sekiranya ia loading
dengan begitu lambat. Gabungan theme yang menarik, ringan dan dikodkan
dengan baik adalah lebih utama.
c. Ia membantu mengurangkan bounce rate.
Anda semua maklum – lebih rendah bounce rate, lebih tinggi peluang
membina hubungan dengan pembaca dan lebih cerahlah juga peluang
mengumpul sejumlah leads yang banyak.
Sebelum kita kepada cara di bawah, sila ukur kelajuan blog anda menggunakan peralatan-peralatan ini.
1. Kemas dan optimasikan database
Pertama sekali yang perlu anda lakukan
adalah memastikan database blog anda dikemaskini. Buang post revisions
yang terhasil semasa menulis entri baharu dan juga komen spam yang
bertimbun. Ia boleh dilakukan menggunakan phpmyadmin di bahagian cpanel blog atau menggunakan plugin WP-Optimize yang lebih mudah digunakan.
2. Gunakan CloudFare
CloudFare adalah servis percuma yang
membantu blog menjadi lebih pantas, selamat dan pintas. Dalam erti kata
lain, CloudFare menambahkan kuasa blog anda. Sebenarnya ia adalah
sejenis servis berasaskan CDN yang melindungi dan menguruskan blog. Ia
mengelakkan blog daripada serangan luar, spammer dan bot dengan
pertahanan sistem CAPTCHA.
3. Menyahaktifkan Hotlinking
Pernah dengar hotlinking? Ia adalah
keadaan dimana sebuah laman lain menggunakan imej yang dihostkan di blog
anda di dalam laman mereka. Ini akan menjadikan server anda menjadi
lambat kerana load high. Sudah pasti menjejaskan prestasi loading blog
anda. Adalah penting menyahaktifkan hotlinking ini. Untuk melakukannya,
anda boleh menambahkan kod berikut di dalam fail .htacsess blog:
#disable hotlinking of images with forbidden or custom image option
RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(www\.)?nama-blog-anda.com/.*$ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?nama-blog-anda.com [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?feeds2.feedburner.com/nama-blog-anda [NC]
#RewriteRule \.(gif|jpg)$ ñ [F]
#RewriteRule \.(gif|jpg)$ http://www.nama-blog-anda.com/hotlinking.gif [R,L]
RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(www\.)?nama-blog-anda.com/.*$ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?nama-blog-anda.com [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?feeds2.feedburner.com/nama-blog-anda [NC]
#RewriteRule \.(gif|jpg)$ ñ [F]
#RewriteRule \.(gif|jpg)$ http://www.nama-blog-anda.com/hotlinking.gif [R,L]
Lagi satu cara yang lebih mudah, gunakan fungsi hotlinking di ruangan cpanel anda.
4. Hadkan jumlah post di muka utama
Mengehadkan
jumlah post yang akan dipaparkan di muka utama blog adalah langkah yang
wajar. Jangan sesekali memaparkan artikel penuh di muka utama blog
kerana ini akan menjadikan blog alambat loading. Bayangkan sekiranya
terdapat 10 post dan kesemua post ini mempunyai lebih daripada 600 patah
perkataan. Ini pasti mengambil masa yang lama untuk habis loading.
Di tambah lagi dengan imej yang ada di
dalam post-post tersebut serta plugin di sidebar blog anda. Dengan
mengehadkan jumlah post kepada 5 dan hanya ringkasannya sahaja sudah
menjadikan blog anda menjadi lebih pantas 2 kali ganda daripada yang
asal!
Anda mempunyai cara tersendiri memantaskan loading blog? Kongsikanlah dengan saya pula..
No comments:
Post a Comment