Tiada yang baru, maka tiada yang lama.
Walaupun lama, selagi masih boleh digunakan jangan membazir. Begitu juga
halnya dengan komputer. Kepada mereka yang ingin membeli komputer,
model komputer terpakai mungkin boleh dijadikan pilihan.
Komputer yang saya gunakan sekarang
adalah terpakai. Saya beli daripada rakan saya, Azuwan dengan harga
RM550 satu set. CPU, monitor, mouse dan keyboard. Semuanya berfungsi
dengan baik. Tiada masalah sehingga sekarang.
Untuk pengetahuan, komputer terpakai ini
sudah melebihi 6 tahun jasanya kepada dua orang tuan. Oleh sebab itu,
saya amat sayang komputer saya.
Jadi, kenapa memilih komputer terpakai?
- Harga murah. Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan.
- Jimat. Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, keyboard dan mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.
- Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru. Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana seperti saya, komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.
- Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran. Go green!
Mudahnya, kenapa masih membeli komputer
baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk
perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak. Secara peribadi,
jika ingin membeli satu lagi komputer, sudah pasti saya akan mencari
komputer terpakai.
P/S : Komputer boleh bertahan dalam
masa tempoh masa yang lama sekiranya komputer tersebut dijaga dengan
rapi secara luaran dan dalaman.
No comments:
Post a Comment