Punca Komputer Perlahan (Menarik!)
Komputer
Yang Perlahan Banyak Dipengaruhi Oleh Sesuatu Program Dan Juga
Kemampuan Komputer. Ketahui Apakah Punca Komputer Kita Menjadi Terlalu
Perlahan. (Menarik!)
By
On November 29, 2011 At 2:30 pm
On November 29, 2011 At 2:30 pm
Category : Komputer
Tags : apa itu hard disk, apa itu ram, cara buat task manager, fungsi task manager, graf cpu usage, Komputer, punca komputer perlahan, punca komputer slow, sebab komputer lambat, tambah memori hard disk, virus perosak komputer
Tags : apa itu hard disk, apa itu ram, cara buat task manager, fungsi task manager, graf cpu usage, Komputer, punca komputer perlahan, punca komputer slow, sebab komputer lambat, tambah memori hard disk, virus perosak komputer
Responses : No Comments
Semakin
hari semakin perlahan sehingga menunggu masa yang lama untuk
membuka/menjalankan sesuatu program. Paling dahsyat, komputer akhirnya
terus tidak berfungsi. Semua program ‘mati’ dan hang.
Kenapa komputer anda perlahan?
Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan dan pembacaan, terdapat banyak punca yang menyumbang ke arah tersebut, antaranya:
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager. Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan.
Lihat pada Mem Usage
iaitu jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda
perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih
tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan.
Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History.
Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan.
Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung
sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda
sudah kaku atau hang.
Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.
2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Program sebegini tidak dapat dilihat oleh
mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik. Semua
program yang berada di toolbar komputer adalah background program.
Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.
3. Ruang hard disk yang terhad
Salah satu punca utama yang kerap berlaku
adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh terlalu
banyak program dipasang (install) tetapi saiz ruang yang
terhad. Windows akan mengeluarkan amaran mengenai komputer yang perlahan
akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan mengetahui dan perlu melakukan
tindakan segera.
4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Virus dan anasir jahat pada komputer
memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun teknologi, ia
tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan rosak dan
program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda komputer anda
perlukan bantuan segera.
5. Memori (RAM) yang rendah
RAM antara komponen (hardware)
penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah tinggi
pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding. Jika anda
penggemar tegar permainan komputer, RAM tinggi adalah keperluan wajib
pada komputer.
Melayukini.net –
Komputer yang perlahan banyak dipengaruhi oleh sesuatu program dan juga
kemampuan komputer. Kita sudah mengetahui kemungkinan utama terjadinya
masalah ini.
No comments:
Post a Comment