Tuesday, 31 January 2012

Posted: 31 Dec 2011 02:30 AM PST

Pilihan 1: Ambil 3 helai daun sirih temu urat dan potong halus. Tempelkan pada bintik-bintik merah di hidung. Seterusnya, ambil 4 helai lagi daun sirih temu urat dan sumbatkan ke dalam lubang hidung yang berdarah.
Pilihan 2: Titiskan ke hidung dengan cuka yang dicampur dengan air mawar.



Posted: 31 Dec 2011 02:20 AM PST

Ambil halia dan hiriskan. Masukkan halia yang sudah dihiris dalam segelas air panas. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia (biarkan sehingga kira-kira 8 minit). Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering) dan tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut. Dalam masa yang sama, tarik nafas panjang-panjang ikut hidung.  Selepas 5 minit, pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.


Posted: 30 Dec 2011 12:05 PM PST

Di kalangan masyarakat Melayu, halia digunakan untuk mengubati sakit perut, sendawa berlebihan dan sebagainya. Bagi tujuan perubatan tradisional ini, terdapat dua bahagian halia yang akan digunakan iaitu rizom halia dan dedaunnya. Bagi mengubati sakit perut, rizom halia direbus dan airnya diminum. Dalam pada itu, sakit perut juga boleh diubati sekiranya pesakit memakan daun halia pada setiap hari. Bagi menghentikan sendawa pula, rizom halia hendaklah ditumbuk dengan sedikit lada putih. Kemudian ia dicampurkan dengan sedikit air dan diminum dua kali sehari selama 2 minggu.


Posted: 30 Dec 2011 11:56 AM PST

Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Pilihan 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
Pilihan 9: Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Pilihan 12:  Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
Pilihan 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.





Posted: 30 Dec 2011 11:46 AM PST

Menyentuh Hidung – Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan Pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup Mulut – Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap – Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda boleh membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan Mata – Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan Jawapan – Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah – Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Kesimpulannya, sekiranya anda ingin mengesan samaada seseorang itu berbohong, anda perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan samaada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.



Posted: 30 Dec 2011 11:39 AM PST

1. Untuk suami isteri jangan makan makanan laut buat sementara waktu.
2. Banyakkan makanan berasid seperti limau, asam-asam dan sebagainya.
3. Lakukan persetubuhan pada hari ke 11 sehingga ke-13 hari selepas haid dan juga pada hari ke 15 dan ke 16 selepas haid.
4. Kalau boleh posisi suami berada di atas dan seeloknya wanita tidak mendapat orgasma serentak dengan suami.




Posted: 30 Dec 2011 11:30 AM PST

Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut.


Posted: 30 Dec 2011 11:26 AM PST
Lumurkan 3 sudu minyak sapi ke seluruh kulit kepala anda. Bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan ia semalaman. Keesokan harinya, bilas rambut anda sehingga bersih. Amalkan petua ini 2 minggu sekali.

No comments:

Post a Comment