Saturday, 21 January 2012

Makanan yang paling lazat ialah makanan yang dimakan ketika lapar.

Air yang paling nikmat diminum ketika haus.

Tidur yang paling nyenyak ialah tidur ketika dalam keadaan letih.

Dan kejayaan yang paling indah ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan halangan.

Jadi, jangan anda mudah menyerah kalah. Jangan anda mudah berputus asa apabila menghadapi rintangan dalam mengejar cita-cita.

Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu, ada kesenangan. Kerana selepas mendung hujan, akan cerah kembali. Kerana selepas malam, siang pasti menjelma.

Ayuhh kawan, tabahkan hati, perkasakan diri, sabar dalam mendaki, insyaAllah kejayaan pasti kau miliki.

Padat & Bermanfaat --) http://pakarhowto.com/

No comments:

Post a Comment