Tuesday, 31 January 2012

Posted: 28 Jan 2012 01:31 AM PST

1. Memulihkan Rasa Gatal Di Kemaluan - Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan waena air berubah menjadi kekuningan. Tunggu sehingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.
2. Mengubati Gegata – Layurkan beberapa daun sirih. Kemudian sapukan pada gegata yang tumbuh di badan ketika daun sirih itu masih panas lagi.
3. Menanggalkan Tungau – Ambil sebatang lidi dan lilitkan dengan getah nagka lalu dilekatkan pada tempat tungau itu melekat. Tungau akan tanggal dengan mudah. Tempat gigitan tungau akan terasa gatal. Untuk menghilangkannya, sapu sedikit kapur sirih.
4.Gatal di Celah-Celah Kaki - Basuh kaki dengan air suam kemudian lap hingga kering. Sapukan ubat gigi di celah-celah kaki yang gatal. Amalkan sebelum masuk tidur.
5. Merawat Gatal Kepala – Tumbuk daun puding yang telah dibersihkan. Kemudian sapukan rata-rata pada kulit kepala yang gatal. Balut kepala dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.


Posted: 28 Jan 2012 01:07 AM PST

1. Makanan pedas berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
2. Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.
3. Menyahkan selulit boleh dijayakan dengan melakukan senaman, banyakkan mengambil air suam dan kurangkan minuman berkafein dan beralkohol. Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung membakar lemak. Selulit lebih pantas hilang jika melakukan senaman secara teratur kerana aktiviti berkenaan membantu membuang racun dan kelebihan lemak di bawah kulit.
4. Kurangkan pengambilan gula, mentega, lemak haiwan dan garam, sebaliknya banyakkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayuran berwarna terang kerana ia mengandung antioksidan seperti mangga, bayam dan tomato.
5. Hindari alkohol, minuman berkafein, sebaliknya lebihkan pengambilan air kosong. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit. Jika anda penggemar minuman berkafein, elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.
6. Kurangkan makanan bergula, garam dan berlemak. Sungguhpun ada produk makanan menyatakan kurang lemak, ia mungkin menggantikannya dengan gula. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. Kurangkan pengambilan makanan seperti biskut, coklat dan ais krim. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.
7. Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat.
8. Untuk mengurangkan takungan air dalam tubuh, anda boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.
9. Sauna dan mandi wap juga boleh merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.
10. Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara tidak langsung membantu menghindari lemak yang berkumpul.
11  Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh. Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul.




Posted: 28 Jan 2012 12:50 AM PST

Ambil beberapa helai daun semambu dan bersihkannya. Selepas dibersihkan, tumbukkan ia sampai lumat bersama-sama dengan sedikit beras. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit jika ada. Kemudian, sapukanlah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada seluruh badan. Ulangilah petua ini sehingga rasa miang di badan anda berkurangan atau sembuh.



Posted: 28 Jan 2012 12:44 AM PST

Pilihan 1: Ambil 3 helai daun sirih dan ramaskan ke dalam semangkuk air bersih bersama sebiji buah pinang muda yang telah dihancurkan. Seterusnya, jaramkan/perapkan pada kepala sampai ia kering. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Pilihan 2: Rendam dan ramaskan beberapa kuntum bunga raya ke dalam air sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan ke dahi. Hasilnya, suhu badan anda akan berkurangan.
Pilihan 3: Ambil segenggam daun betik. Tumbuk sehingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain putih. Kemudian, minumlah air tersebut. Hasilnya, dalam jangka masa 12 jam, anda akan merasa lega.



Posted: 28 Jan 2012 12:16 AM PST

Pilihan 1: Ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu.  Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius. Sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
Pilihan: 2: Ambil madu lebah,limau oren, dan air panas. Perah limau diperah dan ambil airnya. Campurkan dengan madu lebah dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.
Pilihan 3: Ambil bawang merah, panaskan di atas api dan gosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.



Posted: 27 Jan 2012 11:25 AM PST

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.
14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
16. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
17. Jangan suka bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
18. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.
19. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
20. Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
21. Yang paling penting, lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik dan manja.


Posted: 27 Jan 2012 10:41 AM PST

1. Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.
2. Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.
3. Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.
4. Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.
5. Lebih banyakkan relaks/merehatkan diri sebelum tidur. Contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.
6. Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.
7. Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.
8. Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.
9. Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.
10. Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.
11. Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.
12. Berwudhuk sebelum tidur
13. Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)
14. Mengucap 2 kalimah syahadat
15. Membaca doa tidur
16. Bercakap/berdoa menyatakan impian-impian anda dalam hidup di dunia dan akhirat
17. Tutup mata dan beristighfar di dalam hati sehingga terlelap.





Posted: 27 Jan 2012 05:43 AM PST

Alahan atau alergi merupakan suatu reaksi abnormal dalam tubuh.  Elemen-elemen yang menyebabkan alergi adalah seperti  serbuk tanaman, jenis rumput tertentu, jenis pokok yang berkulit halus dan tipis,  penisilin, seafood, telur, kacang panjang, kacang tanah, susu, jagung dan tepung jagung, sengatan, bulu binatang, debu dan kutu. Ini termasuklah  perasa makanan,  pewarna dan pengawet makanan. Gejala yang mungkin terjadi akibat alergi adalah rasa gatal pada mulut, gatal pada mata, gatal pada kulit atau bahagian tubuh lainnya, sakit kepala, hidung tersumbat atau hidung meleleh, sesak nafas, sukar menelan,  bersin dan lain-lain.
PETUANYA – Ambil air panas, letakkan ke dalam satu bekas. Tumbuk 2 ruas halia dan 2 batang serai, lalu masukkan ke dalam bekas tersebut. Masukkan juga hirisan limau nipis. Tutup bekas itu supaya udara yang naik itu berkumpul. Perlahan-lahan buka penutupnya dan dengan perlahan-lahan juga sedut udara panas yang keluar dari bekas tersebut. Lakukan berulang-ulang sehingga alahan tersebut sembuh.


Posted: 27 Jan 2012 05:34 AM PST

Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas).
Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
• Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
• Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh putih
• Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
• Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
• Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
• Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya


Posted: 27 Jan 2012 05:25 AM PST

Jangan sekali-kali memalukan anak atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. Terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibannya, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga dia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun diancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment