Friday, 27 January 2012


Bagaimana Kita Boleh Mengesan Orang Yang Bercakap Bohong?

Posted by encikshahir on April 2, 2011

Nak Jadi James Bond 007Anda hendak Ilmu Mengesan Pembohongan?!

Mari Jadi Agen 007 Yang Cekap…

Peringatan: Ilmu yang anda akan dapat ini mungkin akan menyebabkan kekecewaan diri yang melampau terhadap orang di sekeliling anda yang anda sangat percayai sebelum ini, menyebabkan frust menonggeng, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak bangun-bangun (boleh mati dowh!). Ilmu ini sering digunakan oleh Polis, Pakar Forensik, Ahli Psikologi, Pakar Keselamatan dan Penyiasat Jenayah dalam menjalankan tugasan mereka.

Pengenalan:

Ilmu mengesan pembohongan ini amat berguna kepada sesiapa sahaja sama ada anda seorang pengurus atau pekerja untuk digunakan di dalam situasi yang mana menentukan kebenaran dan pembohongan  boleh menyelamatkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan.
Ia adalah kaedah pengesanan secara fizikal (bahasa badan), pergerakan dan perkataan yang boleh menjadi indikasi jika seseorang sedang berbohong.

Petanda-Petanda Seseorang Itu Berbohong:

Bahasa Tubuh Badan:

  • Tubuh badannya tidak bergerak banyak, seperti agak keras dan dikawal, pergerakan lengan dan tangan pun sama, hanya sedikit sahaja pergerakan. Dan pergerakan tangan dan kakinya sering menuju ke arah tubuh badan sendiri sebab si penipu ini akan cenderung untuk menjadikan dirinya sekecil yang mungkin (tanpa menyedarinya). Dia tidak suka dan tidak selesa diberi perhatian/disoal jawab.
  • Seseorang yang sedang berbohong sangat jarang dapat merenung mata kita dan sentiasa melempar pandangan ke tempat lain jika ada peluang. Contohnya jika ada bunyi anjing dia akan memandang ke arah bunyi itu walaupun kita sedang bercakap dengannya. Walaupun jika dia mengetahui perkara ini dan cuba merenung mata kita, kita boleh nampak ketidakselesaan/kejanggalannya atau seperti memaksa diri.
  • Tangan seorang yang sedang menipu seolah-olah tidak mampu duduk diam. Sentiasa memegang muka sendiri, leher dan mulut. Tindakan seperti menggaru juga banyak dilakukan. Tetapi dia selalunya tidak menyentuhi bahagian dadanya sendiri dengan tapak tangan yang terbuka.

Gerakan Yang Berlawanan Dengan Emosi

  • Tempoh masa si penipu menunjukkan emosi pada wajah lebih lambat daripada kebiasaannya. Tempoh masa dia mempamerkan isyarat pada wajahnya agak  lambat, terlalu lama daripada kebiasaan dan kemudian hilang secara tiba-tiba.
  • Selang masa antara mimik muka dan situasinya tidak kena. Contohnya apabila menerima sesuatu berita gembira, reaksi agak lembab, selepas berkata sesuatu kemudian baru akan tersenyum, sepatutnya orang akan tersenyum pada masa yang sama dia mendengar berita tersebut.
  • Ekpresi wajah tidak kena dengan kata-kata. Contohnya berwajah muram semasa mengatakan “Saya cintakan awak”.
  • Apabila seseorang yang tidak jujur menunjukkan emosinya (seperti gembira, terkejut, sedih, teruja), ekspresinya akan terhad kepada pergerakan mulut sahaja, dan bukan seluruh wajah. Contohnya, bila tersenyum secara semulajadinya seluruh wajah akan terlihat bergerak seperti dagu, pipi, mata dan kepala.
Senyuman Palsu
Senyuman Palsu

Interaksi dan Reaksi

  • Seorang yang bersalah akan menjadi defensif. Orang yang tidak bersalah biasanya bersifat ofensif.
  • Seorang yang sedang menipu tidak selesa berhadapan dengan penyoal/penuduh dan kerapkali akan memalingkan wajah dan tubuh badan ke arah lain.
  • Seorang yang menipu akan secara tidak sedar meletakkan objek-objek (seperti buku, cawan, pen dan lain-lain) di antara dirinya dengan penyoal.

Konteks dan Isi Percakapan

  • Penipu akan menggunakan kata-kata anda untuk menjawab soalan. Contoh bila ditanya “adakah dikau memakan roti di atas meja tadi?” dia menjawab “tidak, aku tidak memakan roti di atas meja ini tadi”.
  • Penipu juga berkemungkinan menjawab secara am. Contoh bila ditanya “Adakah kamu mencuri dompet di dalam laci?” dia jawab “Saya tidak pernah mencuri apa-apa pun”.
  • Penipu juga suka mengelak memberi kenyataan secara terus. Mereka suka mencadangkan jawapan dan bukan menjawab soalan. Contoh “Di mana kamu berada malam semalam?” dia jawab “Semalam kan malam jumaat kamu fikir saya berada di mana lagi?”
  • Seorang yang bersalah akan lebih banyak bercakap daripada selalunya, menokok tambah butiran-butiran yang tidak perlu di dalam ceritanya. Dia tidak selesa untuk berhenti atau senyap tanpa berkata apa-apa.
  • Seorang yang sedang menipu akan bercakap dalam nada suara yang mendatar (monotone). Bila perkataan yang benar dikeluarkan, bunyinya akan menunjukkan perbezaan berbanding dengan nada perkataan-perkataan lain.
  • Kata-katanya juga kurang jelas dan ayatnya tidak tersusun semasa menipu.

Petanda-Petanda Lain Penipuan

  • Jika kita menukar topik perbualan kepada  yang lain, si penipu akan mengikuti perbualan ini dengan normal dan akan nampak sangat dia merasa lebih selesa daripada ketika dia disoal sebelumya.
  • Si penipu suka menggunakan lawak jenaka dan kata-kata sindiran yang pedas untuk mengelakkan sesuatu topik.
kenapa ahli-ahli politik suka menipu? hehe
kenapa ahli-ahli politik suka menipu? hehe

Peringatan Terakhir:

Ok, sebelum apa-apa tolong ingat ye, jika seseorang menunjukkan satu atau lebih tanda-tanda seperti di atas bukanlah bermakna kita boleh confirm dia 100% sebagai penipu. Yang penting kita perlu memerhati perbezaan keadaan diri seseorang itu dalam keadaan yang biasa kemudian baru kita boleh membandingkannya dengan situasi yang memerlukan dia bercakap benar. Lebih banyak kita memerhati maka lebih tepat keputusan yang kita akan capai.
Kebanyakan pakar pengesan pembohongan bersetuju bahawa gabungan bahasa tubuh dan petanda-petanda lain seperti pada perkataan dan cara menjawab boleh digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sedang menipu. Sebelum orang cilok kita, kita cilok dulu!

No comments:

Post a Comment