Ayat
ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh
beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga
menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah
s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta
menyebarkannya.
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia,
binatang buas yang akan
memudaratkan
dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s. w. t.
Mengikut
keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat
Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa
pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran
di depan matanya."
Sabda
baginda lagi;
"Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."
Orang
yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA
memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan
mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan.
Pengamal
ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan
pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada
memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada
dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca
ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w.
bersabda,
"
SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT "
Amalkan dua doa ini yang
sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya
dijadikan teman hidup.
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua
dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan
yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca
dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan
kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini
setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
No comments:
Post a Comment