KUALA LUMPUR – Penulis percaya bahawa tandas merupakan sesuatu yang
sangat penting bagi setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai
bahawa setiap manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau
enam kali setiap hari.
Secara lazimnya, tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada
membuang air besar atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan
sebagainya.
Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan
yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga yang terbiar
berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush”
oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Biar apa pun perkara atau permasalahan, sebagai umat Islam kita wajar
merujuk kepada agama Allah itu dalam setiap muamalah yang kita jalani
setiap hari meskipun mengenai perkara-perkara remeh seperti adab-adab
masuk ke tandas.
1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas
merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, kotor dan dikatakan
sering menjadi tempat ‘kediaman’ syaitan. Menurut Islam, tempat yang
dimuliakan sepert masjid, surau atau rumah hendaklah didahulukan dengan
langkah kanan dan begitu juga sebaliknya.
2. Dilarang membawa masuk atau menyebut sebarang benda yang
mengandungi tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Rasulullah SAW’, atau yang
berunsur sepertinya ke dalam tandas.
3. Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa –
Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti
kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar
seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah “Ya Allah, aku mohon
jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
4. Bertinggung dengan memberatkan sebelah kiri ketika qadha
hajat – Sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya begitu di mana ia mampu
memudahkan proses pembuangan hajat tersebut.
5. Beristinjak atau membersihkan “qubul” (bahagian depan) atau
“dubur” bahagian belakang setelah selesai tunai hajat. – bersihkan
sebersih-bersihnya.
6. Sekiranya masuk ke tandas untuk mandi, pastikan pakai kain
basahan yang menutup aurat dan jangan berbogel – Jaga aurat kita
walaupun di dalam tandas. Allah itu Maha Melihat dan kita wajar malu
kepada Maha Pencipta serta menjaga aurat kita dari penglihatan makhluk
halus seperti malaikat dan sebagainya.
7. Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar – Islam
itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Justeru, umat Islam
dianjurkan menjaga kebersihan meskipun ia hanyalah sekadar tandas.
8. Berdoa ketika keluar tandas – Sebutlah “Ghufraanak” atau ‘Ya
Allah, ampunkanlah aku’. Mengapa? Sentiasa mohon keampunan dari Allah
SWT itu adalah satu amalan yang baik terutamanya selepas keluar dari
tempat yang dianggap kotor dan menjadi kegemaran syaitan. Apatah lagi
kita terpaksa meninggalkan kalimah ‘Allah’ dan RasulNya ketika masuk ke
tandas dan manalah tahu kita ada membuat kesalahan ketika berada di
dalam tandas.
Demikianlah Islam yang syumul dan menyeluruh, penuh dengan adab serta
akhlak yang perlu dititik diberatkan untuk memastikan sebuah kehidupan
dan muamalah yang lebih bersih.
Alangkah indahnya kehidupan sebagai muslim…
No comments:
Post a Comment